PUISI MELAYU
SUATU YANG
MEMBERONTAK
Ketika
aku membuka kamus
untuk berkata tentang suatu
supaya kau faham
apakah memerlukan
suara retorik?
emphasis?
konotatif?
atau kau suka
metafora,personafikasi
anafora, ironi dan paradoks
atau manipulasi bahasa
supaya aku mengambarkan
lambang-lambang atau
persimpangan suatu
makna supaya kau
benamkan suara
dan bibirku
di benakmu.
Tapi, aku yang menjerit ini
barangkali ingin bergayakan
notaku hingga kerana
mahu melunakkan hatimu
tiba-tiba kehilangan gaya
makna.
apakah rindu itu
hujan yang hanya mahu
menciumi hujung dedaun
atau pucuk muda
yang bermain mata pada
kabus kerana matahari
menyengat wajahnya
hingga ada titik
pelangi.
Aku sepi
kau enggan
menjawab notaku
kerana mungkin
kau selit
di kutangmu
lalu hancur
jadi peluh
dingin
Yatim
Ahmad
Putatan
By : MaWaR MeRaH
No comments:
Post a Comment