Showing posts with label USBO. Show all posts
Showing posts with label USBO. Show all posts

Sunday, 19 July 2009





KOTA KINABALU: Persembahan pelbagai warisan budaya masyarakat rumpun Bajau memeriahkan majlis Makan Malam Amal Persatuan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang diadakan di sebuah hotel di ibu negeri malam tadi. Persembahan selama sejam itu menampilkan persembahan tarian, alat muzik dan nyanyian lagu-lagu pelbagai etnik dalam rumpun Bajau, antaranya Iranun, Ubian dan Suluk. Gabungan pelbagai warisan budaya dalam satu persembahan itu menjadi manifestasi ke arah menjayakan konsep 1Malaysia.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan yang dihadiri lebih 400 orang. Menyambut ketibaan para tetamu dan jemputan termasuk Presiden Usbo, Datuk Seri Salleh Said.

Dalam ucapannya, Salleh berkata matlamat utama penganjuran majlis ini adalah untuk mengisi dana Usbo dan untuk digunakan bagi melaksanana pelbagai kegiatan dan aktiviti yang telah dirancangkan. "Menerusi acara sebegini, ia bukan saja mengeratkan persefahaman dan memperkukuhkan jalinan silaturahim antara satu sama lain, tetapi juga menjadi pentas terbaik mengetengahkan warisan senibudaya rumpun masyarakat kita. "Dengan demikian, ia secara langsung mendukung gagasan pimpinan kerajaan mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu, dinamik dan progresif, sekali gus merealisasikan slogan 1Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, Salleh berkata pihaknya bercadang membawa program berkenaan ke Kuala Lumpur pada masa akan datang, bagi mengangkat warisan budaya rumpun masyarakat Bajau ke pentas nasional.
READ MORE -

Friday, 27 March 2009

SHAFIE, PENASIHAT USBO, CIPTA SEJARAH.


Tahniah. Penasihat USBO Menang Jawatan Naib Presiden UMNO.


CIPTA SEJARAH TERSENDIRI, JADI WAKIL TUNGGAL NAIB PRESIDEN UMNO DARI SABAH.. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipilih sebagai salah seorang daripada 3 kerusi Naib Presiden. Sebagaimana diramalkan sebelum ini, jawatan Naib Presiden Umno dibarisi tiga muka baru yang terdiri daripada Menteri Kabinet termasuk seorang wakil Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelajaran, Datuk seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Perpaduan, Kesenian dan Warisan, Datuk seri Mohd Shafie Apdal diumumkan memenangi jawatan itu menewaskan lima calon lain. Shafie merupakan calon tunggal dari Sabah, yang pertama dari negeri itu memenangi kerusi Naib Presiden. Ahmad Zahid memperoleh undi tertinggi 1,592 undi, diikuti Hishammuddin dengan 1,515 undi dan Mohd Shafie dengan 1,445 undi.

Ketika ditemui media selepas pengumuman keputusan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan memainkan peranan untuk membantu memperkuatkan parti bagi memperolehi dokongan daripada rakyat keseluruhannya. "Kita akan beri peluang kepada Datuk Seri Mohd Najib (Tun Razak) mengambil sedikit masa untuk memikirkan bersama-sama kita tentang agenda perubahan yang akan diterjemahkan khususnya elemen-elemen untuk memperkuatkan institusi kepresidenan, kepimpinan dan kepengikutan yang ada pada kita. "Bagi saya, apa yang penting adalah Umno itu harus harus direlevankan dengan situasi semasa," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin menganggap kemenangan beliau sebagai peluang yang diberikan perwakilan untuk beliau terus berkhidmat kepada parti. "Banyak kerja yang perlu kita lakukan dan Insya-Allah, dengan tempat yang diberi, kita akan bekerja bersungguh-sungguh dengan barisan yang telah pun ditentukan bagi memastikan Umno terus relevan dan diterima oleh masyarakat. "Walaupun cabaran di hadapan berat untuk dipikul tetapi dengan pasukan yang dipilih hari ini, saya yakin kita boleh lakukan," katanya.

Ditanya sama ada beliau gentar memikul jawatan Naib Presiden daripada jawatan Ketua Pemuda sebelum ini, Hishammuddin berkata, sememangnya ia merupakan satu lanskap dan dimensi baru baginya namun beliau yakin akan terus diberikan sokongan.

Shafie pula menyifatkan kemenanganya sebagai satu pengiktirafan daripada perwakilan seluruh negara. "Saya amat menghargainya dan saya tahu bagi jawatan ini, sesiapapun boleh menang kerana calon-calonnya terdiri daripada tokoh-tokoh yang berkebolehan dan berkeupayaan," katanya. Beliau berkata, kemenangannya itu akan memberi peluang kepada Umno untuk memperkuatkan sokongan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN) menerusi Umno. .

Dari The Star
READ MORE - SHAFIE, PENASIHAT USBO, CIPTA SEJARAH.

Thursday, 27 November 2008

PRESIDEN USBO KUNJUNGI WIRANTO DI JAKARTA.





KOTA KINABALU: Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Umum Partai Hati Nurani Rakyat (HANURA), Jenderal (R) TNI H. Wiranto, S.H. di Kantor Dewan Pengurus Pusat Hanura, Jl. Diponegoro No. 1, Jakarta pada Khamis (27 November).

Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah Yus Usman Sumanegara, SE, MM (Sekretaris Jenderal Partai Hanura) dan salah seorang pemimpin masyarakat Bajau di Indonesia yang juga dari Partai Hanura, Gunawan Yiedri, SE., MM.

Antara perkara yang disentuh dalam perbincangan ialah hubungan kerjasama antara masyarakat Bajau Malaysia dan Indonesia SOURCE........... http://sskeruak.blogspot.com/2008/11/presiden-usbo-kunjungi-wiranto-di.html
READ MORE - PRESIDEN USBO KUNJUNGI WIRANTO DI JAKARTA.

Sunday, 22 June 2008

MAJLIS TERTINGGI USBO 2008-2010



*MAJLIS TERTINGGI USBO 2008-2010 Penasihat : YB. Datuk Shafie Haji Afdal Presiden : Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said. Timbalan Presiden I : Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia Timbalan Presiden II : Datuk Amir Kahar Tun Mustapha Timbalan Presiden III : Pn. Chandramata Haji Sinteh Naib Presiden I : Haji Norzain Haji Tawi Naib Presiden II : Haji Mohamad Said Hinayat Naib Presiden III : Abdul Rashid Alan Naib Presiden IV : Datuk Haji Yusof Amat Jamli Setiausaha Agung : Dr. Haji Liddy Salun Bendahari Agung : Haji Mohd. Akhir Tikok Ketua Penerangan : Kibin Haji Samad Timbalan Setiausaha Agung : Jemil Haji Sidah

Ahli Majlis Tertinggi

Mohamad Amir Haji Awid Marali Haji Adim Mohd Salim Gabot Haji Abdul Hamid Kalling Ramzah Haji Ahmad Mohd Hasnan Haji Abd. Ghani Norshima Simon Haji Juragan Samamin Dr. Mohd. Sharif Mohd. Yunin Atin Awang Rablah Musli Haji Oli Engineer Ajin Gagah @ Hazin ............................. ............................. *Sedang dikemaskini
READ MORE - MAJLIS TERTINGGI USBO 2008-2010

Saturday, 21 June 2008

PELBAGAI CABARAN GOLONGAN PERIBUMI

Artikel bertajuk Pelbagai Cabaran Peribumi yang dipetik oleh Dato Mazlan Nordin, konsultan kanan ISIS Malaysia diambil dari Utusan Malaysia bertarikh 23hb September, 2007. Ia merencana rintangan yang dihadapi oleh pendudok asli di seluroh dunia yang menghadapi tekanan dari kaum-kaum pendatang yang mendominasi bilangan, ekonomi, dan politik negeri asal mereka.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah pada 13 September lalu apabila meluluskan Deklarasi Hak-Hak Penduduk Asli di seluruh dunia yang kini berjumlah 370 juta orang.

Sejumlah 144 buah negara, termasuk Malaysia dan kesemua negara Asia (cuma Bangladesh yang berkecuali) mengundi. Hanya empat negara menentang, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada.



Bilangan besar penduduk asli – juga dipanggil peribumi dan bumiputera – termasuk orang Maori di New Zealand, Red Indian di Amerika, Aborogini di Australia, Masai di Kenya dan Orang Asli di Malaysia.

Rundingan-rundingan mengenai deklarasi itu mengambil masa hampir 25 tahun lamanya. Antara kandungan penting:

* Penduduk asli tidak akan dipaksa pindah dari daerah-daerah tempat tinggal mereka. Pemindahan tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan terlebih dahulu atau bayaran ganti rugi yang saksama.

* Penduduk asli mempunyai hak menentukan nasib sendiri dan berhak mempunyai kuasa autonomi bersabit hal-hal tempatan, hasil-hasilnya yang telah mereka miliki secara tradisi.

* Penduduk asli mempunyai hak memelihara dan memajukan warisan budaya mereka dan kerajaan hendaklah mengaku hak- hak tersebut.

* Penduduk asli berhak memajukan segala tanah milik mereka. Tindakan atau keputusan bersifat diskriminasi tidak boleh dilakukan ke atas mereka. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon menyifatkan deklarasi itu sebagai “suatu kemenangan bagi penduduk asli di seluruh dunia.” Sementara itu kecaman ditujukan terhadap negara-negara yang menentang.



Antara lain ialah kenyataan Arthur Manuel, pemimpin Orang Asli Kanada: “Kesemua kekayaan Amerika, Kanada dan lain- lain negara moden dibina atas kemiskinan dan pencabulan hak-hak asli peribumi.” Beliau lalu mengecam empat negara yang menentang resolusi demokrasi itu sebagai “hipokrit.”

Diterima oleh tukang catat ini beberapa hari lalu ialah laporan dari akhbar Amerika Honolulu Advertiser tersebut hak-hak penduduk asli pulau Hawaii (Native Hawaiians). Ia terkandung dalam sebuah rang undang- undang yang menetapkan pelbagai hak mereka.



Queen Liliuokalani diguling oleh kaum pendatang apabila mahu membawa perlembagaan yang memulihkan politik tradisi Hawaii melalui Raja-Raja

Kepulauan Hawaii jatuh kepada kuasa Amerika berikutan penggulingan Queen Liliuokalani pada tahun 1893. Pada tahun 1898 ketika berlaku peperangan dengan Sepanyol, tentera Amerika dikirim ke Filipina. Hawaii menjadi pangkalan penting Amerika ketika itu.

Pada suatu ruang ialah hujah menyokong rang undang-undang tersebut dan pada ruangan lain pelbagai kritik terhadapnya. Peguam Negara Hawaii, bernama Mark Bennett menganggapnya sebagai sesuatu yang memberi penghormatan sewajarnya kepada peribumi Hawaii.

Menurutnya rang undang-undang itu adil, saksama, selaras dengan perlembagaan dan telah tiba masa begitu lama untuk diluluskan. Ia memberi kepada peribumi Hawaii hak-hak yang telah pun diberi kepada golongan Red Indian dan penduduk asli Alaska.

Rang undang-undang itu membuka jalan untuk rundingan di antara kerajaan Amerika, wakil-wakil negeri Hawaii dan penduduk asli.

Bennett mendakwa bahawa rang undang-undang itu telah mendapat sokongan kuat Gabenor Hawaii dan Timbalannya serta sokongan tiap ahli majlis undangan, datuk-datuk bandar dan majlis-majlis perbandaran.

Beliau menambah: “Ia berlaku adil dan saksama kepada tiap peringkat kerana tidak ada sebab untuk melayan penduduk asli Hawaii sebagai warga kelas dua.”

Beliau menolak alasan bahawa rang undang-undang itu berlaku pilih kasih terhadap sesuatu kaum kerana Kongres Amerika selama hampir satu abad lamanya telah pun meluluskan lebih 100 undang-undang.

Bennett menuduh pihak-pihak yang menentang cuba menggagalkan program perumahan penduduk asli Hawaii dan menghentikan pelbagai kemudahan pelajaran dan kesihatan kepada mereka.

“Penduduk asli Hawaii tidak menuntut layanan istimewa. Mereka cuma mahu status sama dengan penduduk asli lain,” tegas beliau lagi.

Kecaman disuarakan oleh seorang bernama Roger Clegg, Presiden Pusat Peluang Sama dari wilayah lain. Beliau mendakwa bahawa penduduk asli kelak akan menuntut pelbagai kelebihan dari segi ekonomi dan kuasa politik. Menurutnya lagi, Amerika terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa. Oleh itu tidak wajar sesuatu kaum diberi kelebihan.

Rang undang-undang tersebut dibentang kepada Dewan Perwakilan dan Dewan Senat Amerika.



Jelas bahawa golongan penduduk asli menghadapi pelbagai cabaran. Menurut laporan televisyen CNN, New Zealand menentang deklarasi tersebut kerana “bertentangan dengan undang-undang negara.” Walhal bangsa Maori kini berupa golongan minoriti (9 peratus) dan yang majoriti ialah pendatang kulit putih (87 peratus). Demikian nasib sesetengah peribumi.

Komen: Dari perspektif Malaysia, orang-orang Melayu dan orang-orang Asli dianggap sebagai orang Bumiputera atau Pribumi dan seharusnya mendapat keistimewaan hak-hak Bumiputera. Selain hak-hak itu, kebajikan orang-orang Asli mendapat perhatian istimewa dengan sebuah jabatan kerajan khusus untuk tujuan ini bernama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah wujud lama. Namun memajukan kaum orang-orang Asli menghadapai rintangan yang tertentu dan pembangunan yang dibawa oleh kaum-kaum kapitalis sudah mula meniris habitat mereka.

Disebabkan kemunduran orang Asli dari kacamata kaum-kaum aliran utama, pihak-pihak penentang hak-hak keistimewaan peribumi sering menggunakan kemunduran dan sejarah anthropology kaum orang Asli sebagai alasan tuntutn kesamarataan mereka. Kononnya orang Melayu tidk berhap dan orang Asli lebih berhak. Padahal dengan menidakkan hak-hak keperibumian kaum Melayu bermakna menidakkan juga hak-hak keperibumian orang-orang Asli kerana orang Melayu dan orang Asli adalah kaum-kaum asal Nusantara Melayu. Perlembagaan Malaysia dan sosial kontrak meletakkan hak-hak orang Asli sama dengan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera lain.



Orang Melayu
Dari segi sejarah, simbiosis dan hubungan budaya antara orang Melayu dan orang Asli amat rapat sekali. Di zaman-zaman hasil-hasil hutan menjadi sebahagian dari bahan dagangan pelabohan-pelabohan di Melaka dan lain-lain pelabohan di Tanah Melayu pada abad-abad 16, orang Melayu dan orang Asli sudah ada pertalian rapat dalam ekonomi. Dari segi politik, perbincangan mengenai penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946 membabitkan orang Asli. Persatuan orang-orang Asli menghantar wakil dan berucap serta sama-sama menubuhkan UMNO. Walaupun pembabitan mereka dalam UMNO begitu minima sekali hari ini, malah boleh dianggap tiada selepas itu, orang Asli menerima hakikat orang Melayu sebagai paksi ketamadunan nusantara.

Maka, penggiat-penggiat perkauman dari kalangan kaum-kaum tertentu tidak perlulah mahu mencari alasan lagi. Yang tersurat dan tersirat disebalik tuntutan mu itu jelas dan terang. Sebagaimana ketirisan atas kewujudan kesemua peribumi oleh kaum-kaum pendatang di dunia, begitu juga yang akan berlaku. Apa yang mereka tuntut adalah suatu hak yang diperakui dunia.

Syukur kuasa politik di kuasai peribumi. Bayangkan nasib kaum Peribumi, jika ianya tidak. Bayangkan jika pemasukkan tanpa batas terus dibiarkan British. Setelah British menyedari kesan ekonomi, keselamatan dan sosial terhadap Malaya, mereka mula menahan kemasukkan pendatang pada tahun-tahun 1940an. Itu pun mereka ditentang keras oleh kaum-kaum pendatang ini. Dimana rasional orang Cina dan India yang berada di negeri asal mereka boleh mempunya hak untuk berhijrah dan bermastautin di sini. Itulah disebalik penentangan mereka kepada polisi British itu?

Dikasi betis hendak peha. Anihnya mereka mengakui itu adalah hak mereka dan penghapusan hak peribumi dikatakan memenuhi nilai sejagat dan bagi Hawaiichee, nilai rohani dan ketuhanan. Dasar pembelit dan perompak!
READ MORE - PELBAGAI CABARAN GOLONGAN PERIBUMI

Friday, 13 June 2008

MAMPUKAH USBO GANTI USNO JIKA UMNO TUMPAS PRU?


NOTA: Dalam usaha saya mengumpul maklumat mengenai USBO dalam akhbar dan media massa, saya temui artikel di bawah ini. Saya amat tertarik dengan kandungannya. Walaupun agak terlalu lama tersimpan di dalam arkib Malaysia Today, saya rasa masih releven untuk dibaca hari ini. Saya memang pembaca Malaysia Today sejak beberapa tahun sudah, cuma saya barangkali terleka perkara ini. Terima kasih RPK dan Jomo Sama. Sesungguhnya kamu BERDUA adalah saudara saya.

07/05: Mampukah USBO ganti USNO, jika UMNO tumpas PRU? Category: General Posted by: Raja Petra Oleh Jomo Sama

Mungkin belum ada buku yang memperkatakan peranan Pertubuhan Sabah Bajau Bersatu (USBO) secara futuristik selain daripada buku Mutalib M.D berjudul, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir?

Walaupun buku tersebut, termahal di pasaran, RM1,000 sebuah, namun tidak menjadi masalah kepada saya untuk membelinya kerana menjadi rujukan lengkap berhubung ’Warga Penyu’ yang telah meranjau politik Sabah sejak 1970-an lagi.

Agak sukar untuk membeli buku berkenaan kerana tidak dijual di kedai dan cetakan amat terhad, iaitu 500 buah, namun melalui rakan saya seorang doktor di Penampang, saya berjaya memiliki buku berkenaan.

Dua bulan selepas membaca buku berkenaan, saya diperkenalkan dengan Mutalib M.D oleh rakan saya, seorang doktor di dalam suatu majlis rasmi namun tidak berkesempatan bercakap.

Minggu lalu selepas Mutalib M.D. membentangkan kertas kerja dalam suatu seminar, saya bergegas menemui beliau untuk menjalankan wawancara khusus kerana sebagai ’Bajau Tulen’ saya berminat dengan pandangan peribadi beliau berhubung USBO.

Saya bukanlah ahli USBO, tetapi menyedari tanggungjawab saya sebagai anak jati Bajau, maka kesempatan yang lama saya nantikan tidak dilepaskan begitu saja.

Saya tertarik kerana Bab 17 buku berkenaan bertajuk: “USNO, UMNO & USBO, Siapa Juara?” menimbulkan pelbagai persoalan yang menarik dan memerlukan jawapan kerana beliau melihat seolah-olah USBO begitu penting dari Perspektif Politik Sabah.

Walaupun Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said menafikan mempunyai motif tersirat di sebalik penjenamaan semula PSBB kepada USBO, namun dalam masa yang sama hampir seluruh rakyat Sabah melihat USBO mampu menggantikan USNO yang cuba dihidupkan semula oleh kumpulan serpihan UMNO dan bekas penyokong Bersekutu dan USNO.

Ketandusan kepimpinan Bumiputera Islam telah membuka ruang yang cukup luas kepada Salleh untuk menjadi pemimpin ulung kepada bumiputera Islam Sabah yang telah ditinggalkan kosong oleh Tun Mustapha daripada USNO dan Datuk Harris Salleh dengan trademark Berjaya.

Jika sebelum ini Bumiputera bukan Islam menganggap Tun Fuad Stephen sebagai Huguan Siou yang kini dipikul oleh Joseph Pairin Kitingan, Bumiputera Islam tidak mempunyai pemimpin ulung.

Walaupun ’pemimpin’ Islam silih berganti, datang dan pergi, namun Karisma Tun Mustapha dan Wibawa Harris gagal dipenuhi oleh Tun Sakaran, Osu Sukam dan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Pandangan sinis Mutalib tersebut membuatkan saya mula terfikir kenapa saya anak jati Bajau tidak pernah berfikir sehingga begitu sekali peranan yang boleh dimainkan USBO.

Kata Mutalib, sindrom 3K iaitu Kia Si, Kia Su dan Kia Boh (takut mati, takut kalah dan takut bini) yang dihidapi semua pemimpin Sabah termasuk Umno menyebabkan Bumiputera Islam seperti dihina setelah Bumiputera Bukan Islam dipecah dan diperintah.

"Ada pemimpin, seperti tidak ada kepimpinan. Ada kepimpinan seperti tidak ada kejujuran. Ada kejujuran seperti tidak ada karisma. Ada Karisma tetapi kematian perasaan," ujar Mutalib yang mengajak pembaca mentafsir apa yang dimaksudkannya.

Jelas Mutalib lagi, Bajau Asli Sabah akan pupus sekiranya kemasukan beramai-ramai pendatang asing daripada Filipina dan Indonesia tidak terkawal?

"Indonesia?"

"Ya, ramai mungkin tidak menyedari terdapat lebih 40 juta Bajau di Indonesia terutama di Kobang, Sumatera dan Sulawesi," jelas Mutalib yang menyambut baik agar USBO mengadakan lawatan menyusur jejak bangsa ke Indonesia.

Kata Mutalib, setiap pemimpin Bajau harus bijak memisahkan diri daripada sindrom PTI bagi mengelakkan mereka ditohmah dan ditolak oleh anak jati Sabah.

"Pengaruh USBO amat penting untuk Umno kerana Bajau masih mendominasi pola pengundian hampir 44 kawasan pilihan raya DUN dan 15 Parlimen, terutama pengundi luar," ujar Mutalib yang memberikan butir terperinci.

Cuma kata Mutalib, Bajau tidak ada pemimpin yang benar-benar berkaliber seperti Tun Mustapha yang mampu menggerakkan mereka untuk menubuhkan Kerajaan kerana terpaksa berkongi kuasa dan prasangka masyarakat Sabah bahawa Bajau itu pendatang.

"Dalam perebutan kuasa atau percakaran politik, lazimnya kumpulan minoriti mendapat kuasa dan akan mengekalkan kuasa sampai bila-bila kerana mereka yang bertelagah didamaikan oleh orang luar rumpun yang mempunyai wang untuk membeli pengaruh," tegas Mutalib lagi.

Oleh itu Mutalib menegaskan semua pemimpin Bajau perlu bersatu di dalam USBO untuk mengekalkan jati diri mereka dan berjuang untuk semua masyarakat Sabah.

"Parokial (sentimen kaum) tidak timbul langsung. Kita kena kekalkan jati diri, iaitu jangan malu mengaku Bajau jika kita Jurai Keturunan Bajau (JKB). Perpecahan kaum Dusun kepada beberapa jurai keturunan menyebabkan mereka mudah diperintah kerana ada pemimpin mereka sanggup menjual diri dan agama semata-mata untuk mendapat kuasa," kata Mutalib mengakhiri wawancara tersebut.

Tinjauan saya mendapati ada kebenaran pandangan sinis Mutalib terutama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman yang gagal menyesuaikan diri dan memberi nilai tambah kepada pemimpin Bajau, sebaliknya mula mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan menaja kumpulan serpihan USBO untuk memukat pengaruh rumpun Bajau yang ’datang tak diundang, pergi tak disuruh’.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Musa berpendapat hanya Umno dan bukannya badan lain yang menjadi platform untuk menyatu dan memperjuangkan nasib rumpun Melayu dan Bumiputera di Sabah.

"Yang penting kita mahu Umno sebagai wadah perjuangan tidak kira suku kaum," kata Musa selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri yang turut membincangkan kemunculan Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO), sebuah badan bukan kerajaan yang diterajui oleh bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak, bagi memperjuangkan nasib dan kebajikan masyarakat Bajau di negeri itu.

Musa berkata persatuan lain yang berasaskan suku kaum bebas untuk menjaga kepentingan budaya masing-masing.

"Itu terpulanglah kepada USBO sendiri (tetapi) Umno (negeri) telah membuat pendirian bahawa Umno adalah sebuah wadah perjuangan untuk orang Melayu dan Bumiputera dari segi pembangunan, pendidikan dan lain-lain," kata yang mempunyai maksud tersirat.

Pengaruh USBO mula menjarak dan memisahkan rumpun Bajau yang merupakan masyarakat dominan, yang selama ini Musa sangka telah menyokongnya, maka Musa telah mengekang ’Tsunami’ pengaruh USBO dengan menaja Persatuan Sama Sabah (PSS) yang dipimpin oleh Haji Abdullah Sibil, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Pinjaman Sabah.

Namun oleh kerana Haji Abdullah Sibil tidak mempunyai kewibawaan dan mempunyai agenda peribadi, maka beliau gagal melonjakkan PSS walaupun Musa telah memberi ’kuasa’ meluluskan pinjaman peribadi melalui Perbadanan Pinjaman Sabah kepada pegawai kerajaan yang menyokong PSS, tetapi gagal menarik minat kaum elit Bajau dan golongan menengah yang hampir kesemuanya bersama USBO.

Musa mula sedar, Abdullah Sibil sering 'melelong' atau 'menjual lambak' namanya untuk mendapatkan pengaruh dan memohon kelulusan tanah di Kuala Abai untuk dirinya walaupun tanah tersebut telah diusahakan dan dipohon oleh penduduk kampung sejak 1950-an lagi.

Dengan kelancangan Abdullah Sibil, Musa terpaksa memujuk rakan lamanya ketika di dalam USNO iaitu Haji Ampong Puyon agar menaja penubuhan Persatuan Kebudayaan Bajau Sama Sandakan (PKBSS) yang diterajui oleh adiknya, Haji Alipudin bin Puyon yang telah ditubuhkan pada Mei 2006.

"Kami mahu kebudayaan suku kaum Bajau Sama terserlah dan boleh dibanggakan di seantero Asia", demikian harapan Haji Alipudin dalam usaha mengangkat martabat budaya bangsa yang kini hampir dilupai oleh generasi muda.

Dianggarkan terdapat lebih daripada 50,000 orang masyarakat Bajau Sama tinggal di daerah Sandakan pada ketika ini iaitu kira-kira 40% daripada jumlah keseluruhan penduduk Sandakan.

Namun PKBSS pula umpama lebih kuah daripada sudu, maka besar kemungkinan Musa telah ‘membeli’ USBO yang kini sudah berada di dalam gengaman Musa dan meyakini PSS dan PKBSS sudah tidak relevan lagi untuk memperjuangkan entiti Bajau.

Sehingga kini, Sabah sudah mempunyai 6 Ketua Menteri Melayu iaitu Tun Mustapha, Datuk Harris Salleh, Tun Sakaran, Salleh Tun Said, Osu Sukam dan Musa Aman, namun hanya Harris Salleh dan Musa Aman sahaja yang bukan daripada keturunan Bajau.

Dalam kegemilangan memimpin USBO, agak malang juga bagi Salleh kerana terpaksa mempertahankan diri daripada serangan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang mendakwa majoriti ahli USBO adalah PTI yang mendapat kad pengenalan Projek.

Walaupun serangan Jeffrey menumpukan tuduhan terhadap Timbalan Presiden USBO, Salsidu Ibrahim yang didakwa Bajau daripada Filipina yang mendapat kerakyatan melalui jalan yang tidak sah, namun dakwaan Jeffrey ada kebenarannya kerana ahli USBO terdiri daripada suku-sakat Bajau iaitu Sama, Suluk, Binadan atau Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan, Irranun dan Jama Mapun yang kebanyakannya mendapat Kad Pengenalan Projek di bawah Projek Mahathir di Era Tun Mustapha dan Musa Aman.

Ketika menemui Jeffrey di Sokid Villa, beliau turut mencabar Salleh mendaftarkan USBO sebagai parti politik dan menentang Parti Keadilan Rakyat (keAILan) pada pilihan raya akan datang kerana kesal Salleh sengaja memutar-belit fakta meminta beliau menyenaraikan nama 1.7 juta PTI yang berada di Sabah.

"Tak payah senarai, ramai daripada mereka telah menjadi ahli USBO," tegas Jeffrey yang membidas pemimpin BN terlalu bacul untuk memperjuangkan isu PTI di Sabah.

Tegas Jeffrey, jika Salleh ikhlas, beliau hendaklah membersihkan rekod keahlian USBO dan jangan menerima mereka yang menerima kad pengenalan projek.

"Selepas disaring, mungkin tinggal tidak sampai 100 orang Bajau tempatan," ujar Jeffrey yang pada pandangan saya begitu gerun dengan kebangkitan pengaruh USBO dan cuba menggunakan psywar untuk menentang Salleh di arena politik Sabah.

Dalam pada itu, Mantan Setiausaha Task Force Umno, Haji Jabar Khan @ Yasser Arafat ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti di Dewan Rakyat pada 26 Februari 2007, tidak mengaitkan nama Salleh, sebaliknya menyebut secara jelas bahawa Musa Aman, Yahya Hussin, Bung Mokhtar Radin, Kahar Mohd Zain, Yahya Lampong dan sebagainya terlibat dengan sindiket pemberian 82,000 kerakyatan songsang kepada warga asing.

"Salleh Tun Said satu-satunya pemimpin Umno yang tidak pernah terlibat dengan PTI, tetapi terpaksa akur menerima PTI yang kini menjadi ahli Umno dan USBO. Walaupun saya Irranun, tetapi saya belum masuk USBO," jelas Haji Jabar.

Sebagai seorang ahli politik Veteran yang telah lama melibatkan diri dengan senario politik Sabah, Jabar berpendapat USBO adalah tulang belakang kepada Umno kerana tanpa USBO, Umno akan lemah.

"Besar peranan USBO. Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada Umno umpama Usia dengan USNO dahulu," tegas Jabar yang merasakan Salleh mampu membawa kegemilangan yang pernah dilakar Tun Mustapha.

Dengan perlantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Adun Tempasuk) sebagai Setiausaha Agung, Haji Salsidu Ibrahim (Presiden Majlis Perbandaran Tawau) sebagai Timbalan Presiden II, Nilwan Kabang sebagai Setiausaha Penganjur, Datuk Amir Kahar Tun Datu Haji Mustapha (Adun Banggi) sebagai Bendahari Agung, USBO dijangka mampu memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun Jeffrey mendakwa Salsidu menconteng arang ke muka Salleh, namun bukan menjadi penghalang kerana ramai lagi pemimpin Bajau yang mampu menjadi penggerak seperti Basalie Abdul Hamid, Mat Lan Alani, Shafie Afdal, Nasir Tun Sakaran, Hajiji, Nasrun dan sebagainya.

Penyusunan semula jentera USBO dibuat selepas pertukaran nama Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) kepada United Sabah Bajau Organisation (USBO) diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Ogos 2006.

USBO merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk memastikan kesejahteraan komuniti Bajau yang terdiri daripada 12 sub-etnik iaitu Irranun, Sama, Suluk, Binadan atau Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun.

USBO menerima sambutan hangat daripada masyarakat Bajau terutama dengan penyertaan lebih ramai profesional untuk memantapkan perjuangan tradisi membela rakyat secara lebih komprehensif kerana sebelum ini USBO hanya melaksanakan aktiviti pembangunan kebudayaan.

Ramai berpendapat USBO lebih menyerlah jika meminda perlembagaannya untuk menerima keturunan bukan Bajau menyertai persatuan itu dan menjenamakan semula USBO sebagai United Sabah Bumiputera Organisation ataupun USNO iaitu United Sabah Native Organisation sebagai jentera terpenting memastikan Umno mempertahankan kuasa dan mengnyah keluar PTI daripada pertubuhan itu.

Mampukah USBO menggantikan peranan USNO jika Umno Sabah tumpas pada Pilihan raya Umum akan datang untuk menghantar mesej kepada Pak Lah bahawa jangan persiakan peranan USBO jika Musa tidak memilih pemimpin USBO sebagai calon!


BERANI....Rombongan UMNO Silam melonjak martabat Salleh, namun pemimpin UMNO yang lain kelihatan Pengecut kerana bimbang dicantas Mahathir pada 1996 (ehsan Mutalib M.D daripada bukunya IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir)


TSUNAMI 1....Salleh disambut oleh 30,000 warga Lahad Datu yang berbaris sejauh 2 kilometer daripada Lapangan Terbang Lahad Datu ke Dewan Masyarakat Lahad Datu. (ehsan Mutalib M.D daripada bukunya IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir)


PIMPIN....Salleh mampu menjadi pengganti Tun Mustapha kerana cakapnya mula didengar dan pengaruhnya mula bercambah sekalipun terperangkap di dalam kepompong UMNO.


HEBAT....Mutalib M.D mengabdikan kenangan sebelum menyerahkan buku ini kepada Pak Lah di Putrajaya. (Gambar ehsan Malaysia Mutalib M.D)
READ MORE - MAMPUKAH USBO GANTI USNO JIKA UMNO TUMPAS PRU?

Thursday, 5 June 2008

USBO METERI MOU DENGAN KEKAR BAJO INDONESIA


Presiden USBO, Datuk Salleh Tun Said dan Presiden Kekar Bajo, Sulawesi Tenggara, Abdul Manan dalam satu Majlis Ringkas di Jakarta

Thursday, June 5, 2008


Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) semalam menandatangani memorandum persefahaman dengan sebuah pertubuhan mewakili rumpun Bajau di Indonesia untuk merintis kerjasama dalam pelbagai bidang terutama ekonomi. MOU ditandatangani dengan Keturunan Keluarga Bajo Sulawesi Tenggara (Kekar Bajo) dalam satu majlis ringkas di Jakarta.Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said, ketika meraikan wakil kedua-dua pihak pada majlis makan malam, berkata MOU itu adalah antara usaha mewujudkan jaringan kerjasama dalam kalangan masyarakat rumpun Bajau. "Menerusi MOU ini kita berharap dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama antara negara dengan membentuk dan memperkuatkan institusi ini secara bersama,” katanya. Presiden Kekar Bajo, Abdul Manan, juga berharap MOU yang ditandatangani itu menjadi jalinan baru yang dapat memperkukuhkan kerjasama komuniti Bajau dalam pelbagai aspek. Abdul Manan yang juga Ketua Badan Perencanaan Pembangunan Daerah Kabupaten Sulawesi Tenggara berkata, mengikut anggaran terdapat kira-kira 20 juta masyarakat rumpun Bajau di Indonesia, yang tinggal di pelbagai daerah dan provinsi, kebanyakannya terbabit dalam sektor perikanan dan pertanian. BERNAMA
READ MORE - USBO METERI MOU DENGAN KEKAR BAJO INDONESIA

Friday, 30 May 2008

PENTINGKAH USBO KEPADA UMNO SABAH?



(Dari Blog:http://www.amunamat.blogspot.com/) Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said mempunyai niat murni di sebalik penjenamaan semula PSBB kepada USBO, namun dalam masa yang sama hampir seluruh rakyat Sabah melihat USBO mampu memperkuat UMNO Sabah tetapi ada segelintir ahli merasa USBO merupakan ancaman dan menghakis cengkaman mereka dalam UMNO sehingga ada melihat serong kepada USBO. Ketandusan kepimpinan Bumiputera Islam telah membuka ruang yang cukup luas kepada Salleh untuk menjadi pemimpin ulung kepada bumiputera Islam Sabah yang telah ditinggalkan kosong oleh Tun Mustapha daripada USNO dan Datuk Harris Salleh dengan trademark Berjaya.Jika sebelum ini Bumiputera bukan Islam menganggap Tun Fuad Stephen sebagai Huguan Siou yang kini dipikul oleh Joseph Pairin Kitingan, Bumiputera Islam tidak mempunyai pemimpin ulung. Walaupun ’pemimpin’ Islam silih berganti, datang dan pergi, namun Karisma Tun Mustapha dan Wibawa Harris masih menjadi legasi yang belum ditandangi setakat ini.“Pengaruh USBO amat penting untuk Umno kerana Bajau masih mendominasi pola pengundian hampir 44 kawasan pilihan raya DUN dan 15 Parlimen, terutama pengundi luar. Dalam perubutan kuasa, percakaran politik, lazimnya kumpulan minoriti mendapat kuasa dan akan mengekalkan kuasa sampai bila-bila kerana mereka yang bertelagah didamaikan oleh orang luar rumpun yang mempunyai wang untuk membeli pengaruh. Oleh itu, semua pemimpin Bajau perlu bersatu di dalam USBO untuk mengekalkan jati diri mereka dan berjuang untuk semua masyarakat Sabah.“Parokial (sentimen kaum) tidak timbul langsung. Kita kena kekalkan jati diri, iaitu jangan malu mengaku Bajau jika kita adalah Jurai Keturunan Bajau (JKB). Perpecahan kaum Dusun kepada beberapa jurai keturunan menyebabkan mereka mudah diperintah kerana ada pemimpin mereka semata-mata sanggup berpecah demi kelompok kepentingan mereka di sebalik kebaikan kerana mereka dapat mendominasi politik di peringkat negeri dan persekutuan. Sejauhmana taktik Datuk Seri Panglima Musa Aman yang gagal menyesuaikan diri dan memberi nilai tambah kepada pemimpin Bajau, sebaliknya mula mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan menaja kumpulan serpihan USBO untuk memukat pengaruh rumpun Bajau yang ’datang tak diundang, pergi tak disuruh’.Tambahan telah menyingkir nama-nama besar pemimpin dari kumpulan Bajau pada PRU12 yang lalu seperti Datuk Seri Penglima Salleh, Tan Sri Pandikar dan Datuk (Datu) Amir Khar Tun Mustapah dll.Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Musa berpendapat hanya Umno dan bukannya badan lain yang menjadi platform untuk menyatu dan memperjuangkan nasib rumpun Melayu dan Bumiputera di Sabah. Sejauhmana kah pendapat beliau ini ada kebenaranya, sedangkan orang Melayu di semanjung mulai pudar kepecayaan mereka terhadap UMNO dalam PRU 12. Tanpa bantuan Sabah dan Sarawak tentu sekali tidak lagi bermaya BN membentuk kerajaan Persekutuan.Sehingga kini, Sabah sudah pernah mempunyai 6 Ketua Menteri Melayu iaitu Tun Mustapha, Datuk Harris Salleh, Tun Sakaran, Salleh Tun Said, Osu Sukam dan Musa Aman, namun hanya Harris Salleh dan Musa Aman sahaja yang bukan daripada keturunan Bajau.Dalam kegemilangan memimpin USBO, agak malang juga bagi Salleh kerana terpaksa mempertahankan diri daripada serangan dari berbagai arah sehingga kehilangan dominasi politiknya. Untuk mengembalikan dominasi ini hanya ahli-ahli USBO yang masih ingat perjuangan Tun Said Keruak (ayah) dalam pasca kemerdekaan Sabah bersama kawan kawanya. Salleh Tun Said harus bermawas (bemuasabah) diri dari kecederaan ini dan dapat memperbaiki diri untuk memiminpin sukunya. Bajau iaitu sama Suluk, Binadan atau Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan, Iranun dan Jama Mapun mesti berdiri teguh di belakang beliau demi maruah bangsa.“Peranan USBO Terlalu besar. Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada Umno umpama Usia dengan USNO dahulu,” tegas Jabar (Vatern politik) yang merasakan Salleh mampu membawa kegemilangan yang pernah dilakar Tun Mustapha.Penyusunan semula jentera USBO dibuat selepas pertukaran nama Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) kepada United Sabah Bajau Organisation (USBO) diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Ogos 2006.USBO merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk mempastikan kesejahteraan komuniti Bajau yang terdiri daripada 12 sub-etnik iaitu Iranun, Sama, Suluk, Binadan atau Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun.USBO menerima sambutan hangat daripada masyarakat Bajau terutama dengan penyertaan lebih ramai profesional untuk memantapkan perjuangan tradisi membela rakyat secara lebih komprehensif kerana sebelum ini USBO hanya melaksanakan aktiviti pembangunan kebudayaan.Ramai berpendapat USBO lebih menyerlah jika meminda perlembagaannya untuk menerima keturunan bukan Bajau menyertai persatuan itu dan menjenamakan semula USBO sebagai United Sabah Bumiputera Organisation ataupun USNO United Sabah Native Organisation sebagai jentera terpenting memastikan Umno mempertahankan kuasa Sabah.
READ MORE - PENTINGKAH USBO KEPADA UMNO SABAH?