KEUNIKAN BUDAYA DAN TRADISI MEMBINA PERPADUAN PENDUDUK SABAH
Sabah mempunyai kira-kira 32 etnik suku kaum. Selepas Kadazandusun sebagai suku kaum terbesar negeri, Bajau atau Samah adalah suku kaum kedua terbesar . Ia merangkumi 15 peratus populasi penduduk di negeri ini.
Seperti suku kaum tempatan yang lain, masyarakat Bajau/Samah juga memiliki pelbagai tradisi, adat resam dan mereka semua beragama Islam. Ia terbahagi kepada banyak sub-suku seperti Irranun dan Sulu. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna di kawasna Pantai Timur Negeri dan Kota Belud, Tuaran dan Putatan di kawasan Pantai Barat.
Menurut sejarah, sejak zaman dahulu suku kaum Bajau/Samah banyak ditemui di persisiran pantai, sesuai dengan pekerjaan utama mereka sebagai nelayan atau pelaut. Di katakan, mereka adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut). Kerana penguasaan mereka di kawasan perairan, maka ada pihak, terutamanya penjajah klonial melebelkan bangsa ini dengan gelaran yang tidak layak, termasuk dikenali sebagai gipsi laut.
Bagaimanpun, tidak semua anggota masyarakat ini kekal berada di
persisiran pantai atau laut . Ramai di kelangan mereka meninggalkan
kehidupan itu dan untuk menjadi peladang serta penternak. Dan perubahan
ini pula membawa gelaran lain kepada mereka iaitu ‘Koboi Timur’.
Gelaran itu ada kaitannya kepakaran menunggang kuda, terutama kaum
lelaki.
Menurut sejarah, ada persamaan antara adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung , seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut.
Dari segi tarian tradisi, suku kaum Bajau terkenal tarian Brunsainya. Tarian ini agak unik kerana tidak diiringi dengan paluan muzik tradisi atau bunyi-bunyian, tetapi menggunakan susunan beberapa keping papan seperti pelantaran kecil. Penari Brunsai lai-laki akan menghentakkan kaki mereka di papan itu untuk menimbulkan irama untuk mengiringi "kalang" seperti berbalas pantun.
Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.
Brunsai biasanya di adakan pada waktu malam, terutama pada majlis perkahwinan, atau menyambut kelahiran bayi, majlis kesyukuran atau mereka yang meraikan nazar.
Selain Brunsai, satu lagu tarian asli masyarakat ini ialah Limbai. Tarian Limbai dipersembahkan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin tiba di rumah pengantin perempuan, perarakan dihentikan sementara, untuk persembahan tarian Limbai.
Tarian ini dianggap upacara khas menjemput pengantin naik ke rumah,
sebelum istiadat pernikahan. Sambil melangkah ke rumah,
anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah diiringi tarian dan lagu daripada penari-penari yang melambai-lambaikan selendang
mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Sementara itu, suku Irranun yang bermaksud berkasih-kasihan, juga turut mewujud sistem hubungan sosial dan tali persaudaraan yang amat intim dengan suku Bajau, berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.
Mereka juga adalah pelayar yang cekap,yang tertumpu di kawasan tepi
pantai dan di kawasan tanah tinggi.. Masyarakat Irranun ramai menetap di Daerah Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota
Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain.
Manakala, suku Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo Utara
(Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu. Kaum Sulu atau Suluk ini
menggunakan bahasa Tausug dan beragama Islam. Seperti sub-suku Bajau,
mereka juga mempunyai budaya tersendiri dan unik. Pusat petempatan
bagi orang Suluk adalah terletak di Daerah Kudat, Semporna, Sandakan,
Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,Tuaran dan Telipok.
Bagaimanapun, masyarakat Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Antara pengenalan budaya bagi masyarakat ini ialah Tarian Bolak-Bolak yang diiringi dengan pukulan "gabbang". Ia selalu diadakan semasa majlis perkahwinan atau keramaian lain. Tarian ini dipersembahkan oleh kaum wanita dan lelaki yang mengenakan pakaian tradisi berwarna warni.
Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam
dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga
mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.
Tidak dinafikan bahawa adat budaya tempatan yang berbeza ini bukan hanya memperkenalkan asal usul adat budaya mereka, bahkan dianggap sebagai alat perpaduan dengan suku kaum yang lain. Ini kerana setiap adat budaya itu bukan hanya mementingkan adat budaya masing-masing, malah ia mengambarkan sikap tolaransi dengan masyarakat lain untuk hidup secara harmoni dan bekerjasama.
Dengan ini Sabah bukan sahaja terkenal kerana kepelbagaian adat budayanya, malah unik hingga menarik perhatian ramai pengkaji dan pelancong luar, juga sebagai tarikan melancong ke negeri ini.
Lazimnya, selain pada majlis tertentu, kebanyakan tarian tradisi masyarakat Sabah dipersembahkan terutama menyambut perayaan atau Sambutan Tamu Besar Kota Belud dan Pesta Kaamatan.
Selain Kadazandusun dan Bajau, suku kaum tempatan yang lain ialah Brunei, Kedayan, Bisaya, Rungus, Kimaragang , Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana dan Tagaas.
Editor : Yatim Ahmad, Putatan
By: MaWaR PuTiH
No comments:
Post a Comment