SARUNG DAN SYALAWAR
BAJAU-SULUK SEMPORNA
Busana Masyarakat Suku Bajau Laut
di Semporna Sabah
Kepulauan Melayu di persekitaran Laut Sulu, Borneo, laut Sulawesi hanya dipisahkan oleh air dan lautan.
Tetapi lautan juga menemukan aneka suku keturunan kepulauan Melayu dan
disatukan dengan kefahaman agama yang sama iaitu Islam. Kedatangan suku kaum
dari Sulu, Mendanau masih mengekalkan nama beberapa suku di Sabah.
Di Semporna kesamaan ciri busana itu telah membentuk gaya
dan jatidiri yang mempamerkan keunikan gaya
hidup. Istilah Bajau Laut diperikan sebagai masyarakat yang asalnya menempati
perairan. Kesamaan pola busana pula
ialah mengekalkan kain sarung dan seluar. Tradisi ini masih diteruskan dalam
acara kesenian terutama dalam perayaan perkahwinan atau adat istiadat
persembahan terutama seni tari.
By : MaWaR PuTiH
No comments:
Post a Comment