KEJAYAAN YANG BERMAKNA
Manusia yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan
dalam hidup. Siapa yang menolak bukan? Cumanya yang berbeza antara semua
manusia-manusia waras tersebut,bagaimana mereka memandang dan
mendefinisikan sesuatu kejayaan.
Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah, takrif 'kejayaan' dalam
kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi
engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku.
Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat sebuah kejayaan?
Apabila membicarakan mengenai pandangan terbaik,pendefinisian yang terbaik.
Maka pandangan dan pendefinisian tersebut mestilah dipandang dan didefinisikan
oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada sudut dan sisi yang terbaik.Makanya
tanyalah pada diri sendiri :
Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa?
Dan jawapan
ini sentiasa menjadi jawapan kepada segala persoalan Allah S.W.T.
DIA tersenyum padamu di
langit.
Ya,pandangan DIA yang terbaik.
DIA yang Maha Mengetahui dan DIA yang Maha Melihat. Maka secara
mudahnya,definisi kejayaan manusia yang dicipta adalah berdasarkan pandangan
Sang Pencipta. Apabila pandanganNya terhadap hambaNya di bumi seiring dengan
'senyuman'Nya di langit, maka itulah yang ditakrifkan kejayaan. Andai kejayaan
kita di bumi, mengundang marahNya di langit,sedarlah bahawa itu bukanlah
kejayaan, ia lebih sesuai ditakrifkan sebagai KEMURKAAN.
Dalam satu hadis baginda Rasulullah:
Dalam satu hadis baginda Rasulullah:
Saya telah bertanya kepada Nabi SAW :
Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab:Sembahyang dalam
waktunya. Beliau bertanya lagi:Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab :
Kemudian berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah
pula? Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah.
[Muttafaqun 'alaih]
[Muttafaqun 'alaih]
Dalam hadis di atas,antara 3
perkara yang paling disukai Allah:
Solat di dalam (awal)
waktunya=Hak Allah
Berbakti kepada Ibu bapa=Hak Ibu Bapa/Keluarga
Berjihad di jalan Allah=Hak Negara
Berbakti kepada Ibu bapa=Hak Ibu Bapa/Keluarga
Berjihad di jalan Allah=Hak Negara
Mereka tersenyum padamu
di Bumi
Berdasarkan hadis di atas,tidak
ada sesiapa yang dapat menafikan betapa besarnya nilai solat di sisi Allah
sehinggakan ibadah solat diberikan secara face-to-face antara Allah
dan baginda Rasulullah. Dan sungguh tidak ada sesiapa yang dapat
merendah-rendahkan betapa pentingnya jihad di jalan Allah sehinggakan ada
ulama' yang meletakkan jihad sebagai rukun Islam yang keenam. Sehingga begitu
sekali.
Dan sedarkah kita,berbakti kepada
ibu bapa berada di antara solat dan jihad di jalanNya?
Senyuman ibu dan ayah di bumi,adalah satu petanda senyumanNya di
langit.Kerana apa? Kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.
Mendengar khabaran adik-adik atas result SPM mereka yang cemerlang, sungguh ana
teringat detik yang sama tahun lepas, betapa lebarnya senyuman ummi dan abuya.
Betapa gembiranya guru-guru yang banyak berjasa.
Persis suara hati Maher Zain dalam lagu terbarunya:
"I'd like to put a smile on your face everyday"
"I'd like to put a smile on your face everyday"
Kejayaan yang Merantai Senyuman
Doa + Usaha + Tawakal = Senyuman kejayaan.
Namun percayalah, kejayaan yang sebenar bukanlah terletak pada lebarnya
senyuman di wajah kita.
Tapi pada wajah MEREKA. Rantaian senyuman pada wajah ibu,ayah,guru dan sahabat-sahabat.
Dan yang paling penting:
Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?
Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?
Moga kejayaan hari ini,membuah kejayaan jua di akhirat nanti.
Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai redha Ilahi.
Allahumma ameen.
Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai redha Ilahi.
Allahumma ameen.
Dipetik : Artikel iluvislam.com
By: MaWaR PuTiH
No comments:
Post a Comment