USUNAN BUDAYA BAJAU IRANUN
‘Usunan” dalam Bahasa Iranun
atau “ Usungan” dalam Bahasa Melayu dirujuk kepada alat seperti tandu yang
digunakan untuk mengusung golongan bangsawan atau golongan kenamaan,
dikelilingi oleh sekumpulan pengiring untuk menuju ke suatu tempat.
Usunan merupakan satu warisan
budaya yang unik dan berkait rapat dengan masyarakat di Kota Belud, Sabah. Warisan budaya ini berjaya diwariskan dari
generasi ke generasi dengan mengekalkan ketertiban akan adapt pemakaian serta
kegunaannya walaupun sudah berusia hamper 300 tahun.
Usunan dipercayai mula digunakan
oleh Etnik Iranun sekitar tahun 1700 semasa Raja Ismail memerintah Kerajaan
Tempatan Tempasuk di Borneo. Diriwayatkan bahawa Raja Ismail bersama tiga
puteranya ( Raja Tabuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak) telah menggunakan
“Usunan” sebagai upacara penghormatan menghantar pemimpin dari Matampi ke pengkalan
sebelum memulakan pelayaran menyerang Belanda di Tanjung Pinang, Riau pada
bulan Mei 1787 (James F. Warren) atau bersamaan 1215 Hijrah (Raja Ali Al-Haji
Riau) atas permintaan Sultan Mahmud II. Upacara penghormatan menyambut
menggunakan “Usunan” juga disediakan oleh rakyatnya apabila dikhabarkan bahawa
Belanda berjaya diusir.
“Usunan” pada masa kini
dipelbagaikan corak hiasan dan kegunaannya bersesuaian dengan upacara seperti
majlis perkahwinan, berkhatan, menyambut dan menghantar orang kenamaan. Bagi
Etnik Iranun, “Usunan” memiliki keistimewaan dan keunikkan tersendiri kerana
ianya juga digunakan untuk mengusung jenazah dengan penuh adat istiadat sebagai
penghormatan terakhr.
By: MaWaR PuTiH
No comments:
Post a Comment