Friday 20 July 2012

REAKREASI KUNAK SIRI III

KUNAK PUSAT PELANCONGAN

Siri Jelajah Tempat-Tempat Bersejarah seterusnya ialah di Terowong Jepun Bawah Tanah yang terletak di Ladang Mostyn, Kunak. Terowong Jepun ini telah dibina Tahun 1942 dan terowong tersebut menyesur keluar di Simpang Empat, Kunak iaitu lebih kurang sejauh 20 km . Dipercayai juga, terowong tersebut mempunyai 7 cabang di bawah tanah. Namun begitu, belum ada kajian atau ekspedisi menyelusuri jalan-jalan tersebut. 

 PINTU MASUK TEROWONG

Kelihatan peserta Eksplorasi Puan Norsima Simon (USBO) menaiki titian ke atas permukaan tapak Terowong Jepun yang menjangkau ketinggian lebih kurang 20 kaki. Pemandangan di belakang merupakan pintu masuk Terowong Jepun berkenaan. Terdapat dua pintu masuk iaitu bahagian Utara dan Selatan. Bahagian Utara masih boleh dilalui manakala bahagian Selatan telah dipenuhi oleh air.


PEMANDANGAN DI DALAM TEROWONG
Gambar pemandangan dari dalam Terowong Jepun. Kelihatan permukaan jalannya telah diliputi oleh tanah lumpur kemungkinan kesan faktor cuaca iaitu hujan, panas dan sebagainya. Suasana di dalam terowong ini agak sunyi, sejuk dan gelap. Cahaya lampu diperlukan untuk melihat persekitaran terowong tersebut dengan lebih jelas. Hanya beberapa peserta sahaja yang turun ke bawah meninjau-ninjau pemandangan dalam terowong tersebut manakala sebahagian peserta hanya berada di luar terowong. Mungkinkah ahli-ahli USBO berminat untuk menjelajah ketujuh-tujuh cabang jalan yang tersembunyi di perut bumi Kunak ini ? Ikuti Jelajah Tempat Bersejarah Di Daerah Kunak seterusnya bersama USBO....


By: MaWaR PuTiH

No comments:

Post a Comment