Wednesday 30 May 2012



PESTA REGATTA LEPA-LEPA KE-19


        Pesta Regatta Lepa-Lepa Ke-19 di Daerah Semporna telah berlangsung pada 20-21 April 2012. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Semporna. Majlis perasmian pada 21 April 2012 telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Johar Bin Mahiruddin, Yang Di Pertua Negeri Sabah manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah.


      Antara lain tujuan mengadakan Pesta Air Regatta ini adalah untuk memperkenalkan seni budaya etnik suku kaum Bajau Pantai Timur khususnya Daerah Semporna dalam serba serbi mengenai adat resam dalam kehidupan seharian kepada masyarakat setempat sama ada di Sabah, Semenanjung bahkan juga kepada para pelancong asing dan tempatan.Selain itu, adalah diharapkan melalui pesta ini dapat merealisasikan kebudayaan tanah air yang menjadi warisan turun menurun bagi kaum Bajau khususnya Pantai Timur agar tidak pupus ditelan zaman.


 



      Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Cawangan Daerah Kunak juga telah mengambil bahagian menyertai Pertandingan Ratu Lepa-Lepa Ke-19 dan telah menghantar seorang peserta iaitu menampilkan Ratu Igal-Igal Daerah Kunak 2009, Noraisah Binti Abd Rasad atau dikenali sebagai Puteri yang telah memenangi Kategori Persembahan Terbaik 2012 dipertandingan tersebut.


 


      Di samping itu juga, penglibatan USBO Daerah Kunak sempena Pesta Regatta Lepa-Lepa Ke-19, 2012 ini juga telah diberikan pengikhtirafan oleh penganjur pesta iaitu Pejabat Daerah Semporna dengan melantik Puan Norsima Simon, Ahli Majlis Tertinggi USBO Cawangan Daerah Kunak sebagai salah seorang pengadil di pertandingan Ratu Lepa-Lepa tersebut. Kerjasama ini telah terjalin sejak 2009, 2010 dan 2012 khususnya dari segi penyertaan dan pengadilan. Tahniah USBO Daerah Kunak !!!

By: MaWaR PuTiH  ( USBO Kunak )

1 comment:

  1. Salam Denakan,

    LUAR BIASA... Rasanya tidak ada kata-kata lain lagi yang patut diucapkan atas sukses terselenggaranya Pesta Masayarakat Kaum Bajau, REGATTA LEPA ini.

    Kami berharap Regatta Lepa ini bisa terus diselenggarakan untuk menunjukkan kepada dunia: Inilah kami,
    Kami kaum Bajau,
    Bajau yang cinta damai,
    Kami bangga menjadi Bajau.

    Insya Allah, Regatta Lepa tahun hadapan kami bisa turut hadir menyaksikan langsung betapa indahnya persatuan, digalang melalui apresiasi seni dan budaya Bajau.

    Sukses buat kita semua.

    Wassalam,
    ZULKIFLI

    ReplyDelete