Thursday 16 August 2012

ANTALOGI CERPEN RAKYAT


      Mampukah Seni Kukuhkan Perpaduan 
                      Yang Mula Rapuh?

MASIH RAMAI khalayak di negara kita belum cukup memahami apa itu perpaduan, persefahaman atau mengawal perasaan supaya tidak mengeluarkan pertuturan yang menyinggung perasaan masyarakat, terutama di luar lingkungan persekitaran dirinya. Sedangkan jika kita bercakap terlalu kasar, memanas tidak tentu pasal, memaki hamun dan menyeranah ahli keluarga pun, sudah menimbulkan riaksi yang tajam, inikan pula membabitkan sekumpulan masyarakat, malah di peringkat perdesaan, daerah, kewilayahan dan negara.


Dan percakapan lebih berbahaya apabila menganggap kita mewakili suatu kumpulan yang kononnya turut menaruh syak wasangka kepada satu kelompok lain kerana perbezaan kaum, agama, bangsa atau perbezaan negeri kelahirannya. Persoalan utama ialah sikap tidak bertanggungjawab segelintir golongan dewasa, termasuk kepimpinan pelbagai aliran di negara ini menjadikan generasi muda Malaysia sudah mula berani meninggalkan resam dan budaya bangsa yang berteraskan adat sopan dan hormat menghormati.

Di sebalik terhakisnya sikap tidak tahu malu ini, perpaduan negara kita semakin hari semakin tajam menuju jurang perpecahan, jika pada era pasca merdeka ialah isu perkauman hingga tercetusnya peritiwa berdarah 13 Mei 1969, tetapi sekarang gejala perpecahan itu telah terbahagi kepada kepada komponen kecil yang turut membabitkan daerah atau negeri kelahiran, sub-etnik, hinggalah sekecil-kecilnya di mana asal kampung mereka.

Kira-kira separuh abad, selepas peristiwa itu, usaha kerajaan mengubal pelbagai peraturan dan undang-undang berkaitan perpaduan bangsa mula menghadapi kerapuhan semula. Kita mungkin menunding telunjuk kepada kepimpinan dan penyokong politik dan kerajaan yang selalu sahaja menghalalkan cara mereka mempertahankan pendirian masing-masing, hatta sanggup mengisyaratkan keburukan pesaing mereka dengan memaki hamun, memfintah dan tergamak mengkafir dan memperlekehkan ulama.


Sejarah membutikan bahawa sebelum peristiwa berdarah itu antara lain kerana penguasaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, kemiskinan tidak terkawal dan hubungan antara kaum terlalu tipis. Menyedari perkara ini maka kerajaan telah melakukan penyusunan semula masyarakat termasuk memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

 Ini adalah antara komponen utama yang kemudian dibahagi kepada beberapa perkara yang semuanya sebagai alat mengetatkan dasar utama yang longgar sebelumnya. Sebagai contoh, DEB ialah gerakan pembasmian kemiskinan di kalangan rakyat bandar dan luar bandar, selain merapatkan jurang perbezaan antara kaum dalam bidang ekonomi.

Manakala Dasar Bahasa Kebangsaan ialah penjelasan yang lebih terpeinci berkaitan pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan bangsa. Ini kerana bahasa Melayu adalah warisan pembinaan negara sejak abad ke-7 iaitu pada kemunculan kerajaan Sriwijaya yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan pengajian agama (Buddha).


Terkemudian, kedudukan dan pendaulatan bahasa Melayu diwarisi pula oleh kerajaan di Kepulauan Melayu seperti Kerajaan Pasai, Kesultanan Melaka, Acheh, Kutai, Patani dan Brunei. daripada itu, Kerajaan Pasai yang muncul pada kira-kira abad ke-13, manakala Kesulatanan Melaka pula pada abad ke-15 yang kemudian muncul sebagai kerajaan paling berpengaruh yang luas jajahan takluknya serta berhubung dengan kuasa besar dunia pada masa itu.


Dan apabila negara mencapai kemerdekaan, maka empat perkara pokok telah dipersetuji menjadi kontrak sosial negara iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan hak istemewa orang Melayu/Bumiputera (Sabah dan Sarawak).

Dalam hubungan ini, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, selain Dasar Bahasa Kebangsan, ialah mewujudkan perpaduan antara kaum menerusi pembinaan jati diri. Ini dilakukan menerusi penekanan prinsip kebudayan rakyat asal atau kebudayaan Melayu dan Islam serta keterbukan kita menerima unsur-unsur asing dan wajar dalam kebudayaan bangsa.

Dengan itu kita boleh mencapai matlamat perseimbangan, termasuk pembangunan kerohanian, ekonomi dan kemajuan pembangunan fizikal negara.


Sementara Dasar Bahasa Kebangsaan, antara lain mengiktiraf hasil susastera sebagai antara pencetus perpaduan rakyat. Ini kerana hasil susastera itu difahami semua lapisan masyarakat yang turut menyalur maklumat adat budaya bangsa sesama mereka atau pelancong. Dan penulisnya bukan hanya di kalangan orang Melayu, tetapi kalangan bukan Melayu.


Daripada itu, kita tentulah tidak menerima jika semua dasar ini tidak dapat memenuhi keperluan untuk rakyat memahami tanggungjawab mereka melaksanakan tugas sesuai sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan perihatin.


Semua perkara berkaitan, termasuk pelaksanaan program berkaitan perpaduan dan intergasi kebangsaan itu sering disalurkan menerusi media, termasuk media elektronik, surat khabar dan kini menerusi internet. Antaranya, ialah penyaluran karya-karya penulis yang rata-ratanya boleh dibaca dan difahami.

Jadi, adakah anda membaca karya sastera yang menyebut perlekehan budaya, suku kaum, bangsa dan menyebut soal diskriminasi kewilayahan?

Biar saya kutip penjelasan mengenai susastera yang ia adalah literature atau literture bermaksud akar budaya yang subur dalam kehidupan manusia. Ia juga sebahagian keperluan utama manusia, selain makan minum dan tempat tidur, kita memerlukan alat untuk berhibur, muzik. Juga memerlukan ketenangan kerohanian. Juga manusia mahu melihat negaranya aman dan makmur.


Dengan itu, mereka perlukan hasil seni, satu daripada seni persuratan. Karya seperti puisi, cerpen dan novel inilah kelak akan memberikan kita kesedaran, betapa keamanan dan kemakmuran itu harus dengan sikap yang baik, bertanggungjawab, tidak menimbulkan kekacuan dan pertelingkahan dengan ucapan yang jahat dan buruk. Dalam hasil susastera, semua ada kecuali ia memperkatakan secara melampau-lampau menimbulkan permusuhan antara satu kaum dengan kaum lain atau bangsa yang lain,atau mengungkit perbezaan kewilayahan dan memaki hamun masyarakat di negeri lain.

Begitulah, susastera yang memiliki nada yang halus, manis dan sesempurna naluri manusia yang tersangat cintanya kepada ketenteraman. Tetapi ini tidak bermakna penulisnya berdiam diri atau masih berlembut jika sesetengah manusia negara ini yang kononnnya bertamadun, terus besi keras untuk tidak membaiki cara pertuturannya, malah terus mengecap orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan.

Sehubungan itu, kita mahu pihak pihak kerajaan supaya mengubal satu lagi dasar berkaitan undang-undang yang membolehkan tindakan terhadap rakyat negara ini yang tidak menggunakan perkataan sopan atau menimbulkan isu diskriminasi perkauman dan kenegerian di layar maya seperti facbook, twiter dan blog.


Jika saya ditanya, mengapa internet di penuhi oleh catatan atau laporan lucah dari negara Barat, saya menjawab begini: sesiapa yang mahu membaca laporan atau komen itu, terpulang kepada dia, tetapi untuk ikut berkomen dan membuat kelucahan di negara ini, sebagai rakyat negara ini sebagai insan berpegang kepada agama, elok tinggalkan, jika mahu anda tinggal di negara yang lucah itu.


New Sabah Times, Isnin 13 Ogos 2012. Yatim Ahmad, Kota Kinabalu Sabah.


By: MaWaR PuTiH

READ MORE - ANTALOGI CERPEN RAKYAT

Monday 30 July 2012

Sunday 29 July 2012

Saturday 28 July 2012

REAKREASI KUNAK SIRI V


JELAJAH TEMPAT SEJARAH 
KUNAK

SUNGANG HOT SPRING

 GAMBAR DI KOLAM AIR PANAS

PEMANDANGAN KOLAM AIR PANAS

 
 ROMBONGAN JELAJAH BERSAMA YB DATUK NILWAN KABANG
ADUN 51 KUNAK
  
 
 BERENDAM KAKI DI KOLAM AIR PANAS

PN NORSIMA SIMON (PENULIS USBO)

BERGAMBAR DI JAMBATAN KOLAM AIR PANAS

   Jelajah terakhir rombongan Jelajah Tempat Bersejarah Di Kunak ialah Kolam Air Panas yang terletak di Ladang Binuang, Kunak. Kolam Air Panas ini terletak kira-kira 20 - 25 km dari Pekan Kunak. Perjalanan ke Kolam Air Panas ini akan melalui Ladang Binuang dan jalan yang tidak diturap. Dinasihatkan sekiranya ke sana perlu memohon kebenaran daripada Pengurusan Ladang Binuang dan perlu Pemandu Arah kerana jalan ke sana banyak simpang dan sangat mengelirukan.

    Kolam Air Panas ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik kerana terletak mencuram setinggi 15 kaki. Kolam Air Panas ini agak terpelihara dan tidak dibuka kepada umum atas faktor-faktor keselamatan ladang (Kecurian Buah Kelapa Sawit). Disyorkan kepada keluarga, Kolam Air Panas Binuang ini sesuai untuk Riadah Keluarga yang santai. 

    Jelajah bersama USBO berakhir dilokasi ini. Namun begitu terdapat beberapa lagi lokasi yang menarik di Daerah Kunak sesuai untuk reakreasi dan lawatan seperti Gua Madai Kunak, Air Terjun Kunak, Tasik Biru Mostyn Kunak, Telaga Tiga Di Lormarlong, Telaga Tujuh Di Kg Pangi Kunak, Pantai Sarina Kg Pangi Kunak dsb. Jelajah akan diteruskan lagi bersama USBO di suatu masa akan datang. Nantikan!


By: MaWaR PuTiH

READ MORE - REAKREASI KUNAK SIRI V

Friday 27 July 2012

BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA


PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT DAERAH KUNAK
2012

 



20 Julai 2012 ( Jumaat ); Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Kunak telah dilancarkan oleh Yang BerHormat Datuk Nilwan Kabang, ADUN 51 Kunak. Turut hadir Pegawai Daerah Kunak Tuan Susilo Sumarto, Ketua Polis Daerah Kunak Tuan Dsp M. Razali Mahmud, ketua-ketua Jabatan Daerah Kunak. Perbarisan serta mengibarkan Jalur Gemilang Gergasi telah dihadiri oleh Pasukan Kadet Bomba, Kadet Polis dari sekolah-sekolah menengah Daerah Kunak serta  RELA, dan JEPAM. Majlis ini  diserikan lagi dengan nyanyian berpasangan Belia Beliawanis USBO  (Badan Kebudayaan) lagu 1 Malaysia. Tahniah USBO.


By: MaWaR PuTiH



READ MORE - BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA

Thursday 26 July 2012

KATA-KATA MUTIARA

KEPIMPINAN
 
"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa,
 tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka.
Soekarno


 "Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu,
 tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara."
                                        Abraham Lincoln




"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, 
dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" 
Confucius


By: MaWaR PuTiH
READ MORE - KATA-KATA MUTIARA

Wednesday 25 July 2012

PUISI BAJAU PANTAI TIMUR

RAPOKKOS CAHAYA MATONGA BAHANGI

RAPOKKOS CAHAYA MA TONGA BAHANGI

Ma tonga bahangi palaran palasahan,

Waktu antara ma patulian,

Hinavu hamo amungkus hawa aringin,

Lansuk analinagan cahayana amigsik ni baran,

Ma piju-piju lumaa avungkal aku min patulian,

Peluttu aku anganda min tandauan,

Subhanallah ania rapokkos cahaya pahampian karukkan.


Ma kaloddoman,

Bantunganku hek ku anganda,

Magmain mapikilanku zaman kesusahan,

Zaman maglintak amiha kalluman,

Bangniisun-isun mapangintoman,

Sinusun mahatulan walna kaloddoman,

Avuhat ni pikilan,

Sahingga vittinaanie rapokkos cahaya avasih kahamoan.


Rapokkos cahaya ma tonga bahangi,

Analinag mamata tabba mabaha kami,

Ni hukum hek mataallau sinablaian patukkai-tukai,

Ma tonga bahangi apikot loddom malasahi ambal pahati,

Ai maksudna rapokkos cahaya ma tonga bahangi,

Pinajari rukkana avakkat mariom masa angakot mariom atai.


Nukilan,

Bayu

Semporna,Sabah.


By: MaWaR PuTiH


READ MORE - PUISI BAJAU PANTAI TIMUR

Tuesday 24 July 2012

Monday 23 July 2012

KATA-KATA HIKMAH


KEAZAMAN
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit 
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan."

"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. 
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."


"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
 Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."


By: MaWaR PuTiH
READ MORE - KATA-KATA HIKMAH

Sunday 22 July 2012

REAKREASI KUNAK SIRI IV

KUNAK PUSAT PELANCONGAN

                                                                              PINTU KAWASAN LUMPUR MENDIDIH
Siri Jelajah Tempat Bersejarah seterusnya ialah menjelajah Kawasan Lumpur Mendidih di Ladang Binuang Kunak bersama penulis USBO Kunak.Kawasan ini merupakan kawasan yang aktif Gunung Berapi dan merupakan kawasan larangan untuk dilawati kecuali memohon kebenaran dari pihak ladang berkenaan. Mempunyai kawasan sebesar "Padang Bola, yang dipagar dengan dawai besi dan mempunyai pelantar untuk melihat Lumpur Mendidih dengan jarak lebih dekat. Kawasannya sangat merbahaya kerana tebing-tebingnya yang kering, akan tetapi sangat lembut untuk dipijak. Dikhuatiri akan membahayakan pelawat kerana lumpur ini jenis jerlus boleh menghisap objek-objek yang jatuh ke dalamnya. 

                                                                                  KAWASAN LUMPUR MENDIDIH
Pemandangan berikut adalah kawasan Tanah berlumpur yang masih aktif. Mengikut cerita penduduk sekitar, terdapat sekumpulan Gajah sesat telah melalui kawasan itu dan telah jatuh ke dalam " Kawasan Tanah Mendidih " tersebut dan telah tenggelam ke dalamnya.Sejak itu, kawasan tersebut telah dipagar menggunakan dawai besi untuk faktor keselamatan. 

                                                                           PEMANDANGAN PELANTAR PELAWAT
Kawasan Tanah Lumpur sebesar Padang Bola yang aktif di kawasan tengahnya. Setiap beberapa saat gelembung udara akan keluar dari permukaan tandanya berlaku proses pemanasan didalam kawasan tersebut. 

                                                                            GELEMBUNG UDARA LUMPUR MENDIDIH
Penulis USBO Kunak, Pn Norsima Simon sedang menunjukkan kawasan Lumpur Mendidih di samping melihat gelembung-gelembung udara berlumpur timbul dipermukaan kawasan tersebut setiap beberapa saat. Sangat menakjubkan. 

                                                                     PELAWAT DI KAWASAN LUMPUR MENDIDIH
Kelihatan peserta-peserta Jelajah Tempat Bersejarah sedang menghayati panorama keindahan alam semulaji ciptaan tuhan. Masing-masing cuba mengungkai rahsia disebalik kejadian alam ini. 

    YB DATUK NILWAN KABANG DAN USBO KUNAK
Pn Norsima Simon bersama YB Datuk Nilwan Kabang, ADUN 51 Kunak yang sama-sama menjayakan Program Jelajah Tempat Bersejarah ini, Di samping warga guru Daerah Kunak. 



         TERUJA DI KAWASAN LUMPUR MENDIDIH
Pemandangan pelawat-pelawat yang menyaksikan keindahan kawasan Lumpur Mendidih ini. Tidak sah jika tidak merasai sendiri bagaimanakah rasanya Lumpur Mendidih tersebut. Mengikut peserta; Tanah Lumpur Mendidih itu kawasan di atasnya rasa panas manakala di bahagian bawahnya rasa sejuk. Dipercayai Lumpur Mendidih ini sangat mujarab untuk menghaluskan kulit dan mencantikkan kulit badan. Sama-samalah kita cuba mengungkai kebenarannya...


By: MaWaR PuTiH
READ MORE - REAKREASI KUNAK SIRI IV

Saturday 21 July 2012

WARISAN BUDAYA BAJAU PANTAI BARAT

USUNAN BUDAYA BAJAU IRANUN
   ‘Usunan” dalam Bahasa Iranun atau “ Usungan” dalam Bahasa Melayu dirujuk kepada alat seperti tandu yang digunakan untuk mengusung golongan bangsawan atau golongan kenamaan, dikelilingi oleh sekumpulan pengiring untuk menuju ke suatu tempat.

   Usunan merupakan satu warisan budaya yang unik dan berkait rapat dengan masyarakat di Kota Belud, Sabah. Warisan budaya ini berjaya diwariskan dari generasi ke generasi dengan mengekalkan ketertiban akan adapt pemakaian serta kegunaannya walaupun sudah berusia hamper 300 tahun.

    Usunan dipercayai mula digunakan oleh Etnik Iranun sekitar tahun 1700 semasa Raja Ismail memerintah Kerajaan Tempatan Tempasuk di Borneo. Diriwayatkan bahawa Raja Ismail bersama tiga puteranya ( Raja Tabuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak) telah menggunakan “Usunan” sebagai upacara penghormatan menghantar pemimpin dari Matampi ke pengkalan sebelum memulakan pelayaran menyerang Belanda di Tanjung Pinang, Riau pada bulan Mei 1787 (James F. Warren) atau bersamaan 1215 Hijrah (Raja Ali Al-Haji Riau) atas permintaan Sultan Mahmud II. Upacara penghormatan menyambut menggunakan “Usunan” juga disediakan oleh rakyatnya apabila dikhabarkan bahawa Belanda berjaya diusir.

   “Usunan” pada masa kini dipelbagaikan corak hiasan dan kegunaannya bersesuaian dengan upacara seperti majlis perkahwinan, berkhatan, menyambut dan menghantar orang kenamaan. Bagi Etnik Iranun, “Usunan” memiliki keistimewaan dan keunikkan tersendiri kerana ianya juga digunakan untuk mengusung jenazah dengan penuh adat istiadat sebagai penghormatan terakhr.


By: MaWaR PuTiH


READ MORE - WARISAN BUDAYA BAJAU PANTAI BARAT

Friday 20 July 2012

REAKREASI KUNAK SIRI III

KUNAK PUSAT PELANCONGAN

Siri Jelajah Tempat-Tempat Bersejarah seterusnya ialah di Terowong Jepun Bawah Tanah yang terletak di Ladang Mostyn, Kunak. Terowong Jepun ini telah dibina Tahun 1942 dan terowong tersebut menyesur keluar di Simpang Empat, Kunak iaitu lebih kurang sejauh 20 km . Dipercayai juga, terowong tersebut mempunyai 7 cabang di bawah tanah. Namun begitu, belum ada kajian atau ekspedisi menyelusuri jalan-jalan tersebut. 

 PINTU MASUK TEROWONG

Kelihatan peserta Eksplorasi Puan Norsima Simon (USBO) menaiki titian ke atas permukaan tapak Terowong Jepun yang menjangkau ketinggian lebih kurang 20 kaki. Pemandangan di belakang merupakan pintu masuk Terowong Jepun berkenaan. Terdapat dua pintu masuk iaitu bahagian Utara dan Selatan. Bahagian Utara masih boleh dilalui manakala bahagian Selatan telah dipenuhi oleh air.


PEMANDANGAN DI DALAM TEROWONG
Gambar pemandangan dari dalam Terowong Jepun. Kelihatan permukaan jalannya telah diliputi oleh tanah lumpur kemungkinan kesan faktor cuaca iaitu hujan, panas dan sebagainya. Suasana di dalam terowong ini agak sunyi, sejuk dan gelap. Cahaya lampu diperlukan untuk melihat persekitaran terowong tersebut dengan lebih jelas. Hanya beberapa peserta sahaja yang turun ke bawah meninjau-ninjau pemandangan dalam terowong tersebut manakala sebahagian peserta hanya berada di luar terowong. Mungkinkah ahli-ahli USBO berminat untuk menjelajah ketujuh-tujuh cabang jalan yang tersembunyi di perut bumi Kunak ini ? Ikuti Jelajah Tempat Bersejarah Di Daerah Kunak seterusnya bersama USBO....


By: MaWaR PuTiH
READ MORE - REAKREASI KUNAK SIRI III

Thursday 19 July 2012

KATA-KATA MUTIARA

FAJAR


"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. 
Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."


"Akal itu menteri yang menasihati, 
Hati itu ialah raja yang menentukan, 
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, 
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."


"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. 
Teman yang paling akrab adalah AMAL. 
Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. 
Bahasa yang paling manis SENYUM. 
Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."


By: MaWaR PuTiH


 
READ MORE - KATA-KATA MUTIARA

REAKREASI KUNAK SIRI II


KUNAK PUSAT PELANCONGAN

MUSEUM KELAPA SAWIT
      Jejak sejarah bersama USBO seterusnya ialah di kawasan Ladang Kelapa Sawit seluas 1.76 Hektar yang dikenali sebagai Muzium Kelapa Sawit. Nostalgianya ialah lakaran sejarah yang menempatkan benih kelapa sawit yang pertama di Borneo yang ditanam di kawasan ini yang telah berusia menjangkau 55 Tahun.


DERETAN KELAPA SAWIT YANG BERSEJARAH

NORSIMA SIMON
PENULIS SUKARELA USBO

PEMANDANGAN TANAMAN KELAPA SAWIT

       Kelapa Sawit yang bersejarah ini mempunyai ketinggian 57 meter dan merupakan 100 batang pokok yang pertama ditanam di Borneo. Dengan ketinggian tersebut memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mengait buahnya. Dipercayai hanya seorang sahaja pekerja mahir yang dapat mengait buah kelapa sawit bersejarah ini dengan menyambungkan 3 galah untuk mencapai ketinggian 57 meter tersebut.


By: MaWaR PuTiH
READ MORE - REAKREASI KUNAK SIRI II

Wednesday 18 July 2012

REAKREASI KUNAK SIRI I

KUNAK PUSAT PELANCONGAN

      ROMBONGAN BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI DI PUSAT PENTADBIRAN JEPUN
      Pada 9 Hb Julai 2012 ( Isnin), Program Lawatan Tempat Bersejarah Sempena Hari Guru kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Kunak bersama Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang, ADUN 51 Kunak beserta rombongannya. Program lawatan tersebut disertai oleh Unit UPKR, Guru-Guru Daerah Kunak, Wartawan dan tidak ketinggalan juga Persatuan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang diwakili oleh Puan Norsima Simon selaku Ahli Majlis Tertinggi Daerah Kunak. Ikuti jejak sejarah di Daerah Kunak bersama USBO yang meliputi Siri I, II, III ,IV dan V.

PUSAT PENTADBIRAN JEPUN

      Gambar di atas merupakan sebuah rumah yang dipercayai digunakan sebagai Pusat Pentadbiran Jepun yang dibina pada Tahun 1942. Rumah ini dibina menggunakan papan dan masih utuh sehingga kini. Rumah ini terletak di Mostyn Estate, Kunak iaitu kira-kira 8 km dari Pekan Kunak. Pada era 80an, rumah ini digunakan sebagai Pusat Kesihatan untuk pekerja-pekerja ladang dan kakitangan ladang Mostyn menerima rawatan. Pada masa kini, rumah ini tidak digunakan lagi dan dipelihara sebagai satu khazanah sejarah memperingati pemerintahan Jepun khususnya di Daerah Kunak.


 TEMPAT SEMBAHYANG (PENYEMBAHAN) 

       Tempat bersejarah yang ke-2 yang dilawati ialah sebatang Kayu Belian yang dipercayai objek yang disembah oleh tentera Jepun. Tunggul kayu ini mempunyai ketinggian lebih kurang 10 kaki dan mempunyai ukuran lilit sebesar sebiji bola keranjang. Tunggul kayu ini terletak di Kg Lama Baru, Mostyn di Daerah Kunak. Ianya juga berhampiran dengan SK Mostyn, Kunak. Kawasan ini dianggap 'keras' oleh penduduk kampung berkenaan dan dipercayai di bawah tunggul kayu tersebut tersembunyi 'Harta Karun Tentera Jepun'. Tambahan lagi, telah beberapa kali telah dicuba untuk mengalihkan tunggul kayu tersebut namun tidak berjaya. Sejauh mana kebenarannya, cerita tunggul kayu tempat penyembahan Jepun ini masih misteri sehingga kini.
  
By: MaWaR PuTiH 
READ MORE - REAKREASI KUNAK SIRI I

Tuesday 17 July 2012

ANTOLOGI PUISI

MAWAR UNGU

CUKUP SEKALI

Cukup sekali
Kata berbias rasa
Terpacul bak mutiara
Indah dan bermakna…

Cukup sekali
Tiap titip kata-kata
Terpahat nilai mesra
Gurauan belaka...

Cukup sekali
Nada-nada rasa
Menghimpun kata makna
Kini dan selamanya...

Cukup Sekali
Senda Gurauan kata-kata
Yang pasti
Budi Bahasa Jua Yang Terindah.


By: MaWaR PuTiH

READ MORE - ANTOLOGI PUISI

KATA-KATA MUTIARA

KATA-KATA PUJANGGA
 
"Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya." 
~ John Petitsenn


 
"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."


  "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga."
 ~ Dr. Mahathir Mohamad


BY: MaWaR PuTiH

READ MORE - KATA-KATA MUTIARA

PUISI BAJAU PANTAI TIMUR

BUNGA LALANG

SUMPING PARANG

Sumping parang apoteh selalu,

Nitiup baliyu song pata,
Sumping parang pasondong ni baha,
Issa sinagina mandusia pata.

Sumping parang pasondong aninggih,

Ma tanah huma ahap magbuddi,
Sumping parang takiyum rangan-rangan,
Ma tangah huma assannang magbakti.

Sumping parang jambangan alanu,

Hal nilagtokan mata a’awam,
Baran aninggih magbakti ahika,
Kalna buddi tavang binonosan.

Sumping parang peluyu aninggih,

Baihu alanu mandusia pasikot,
Sumping parang nitiup baliyu amia ni koan amia ni givang,
Sumping parang mandusia anuli alanu sago issa magbuddi.

 

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Semporna,Sabah.



By: MaWaR PuTiH
READ MORE - PUISI BAJAU PANTAI TIMUR