Saturday 21 November 2009

SIASAT STATUS SIJIL ANAK NEGERI YB SRI TANJUNG

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya kelmarin menggesa pihak Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Adun Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin yang didakwanya mempunyai taraf Sijil Anak Negeri yang meragukan.

Beliau yang membuat dakwaan itu, ketika membahaskan Bajet Negeri 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengambil tindakan saman dan undang-undang serta caj terhadap Adun DAP Sri Tanjong itu mengikut peruntukan yang ada.

Beliau yang turut menunjukkan beberapa bukti yang menyokong dakwaannya itu ketika perbahasan itu berkata, ini termasuk pencerobohan tanah dan kawasan taman permainan, rumah Adun berkenaan.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua wakil rakyat itu apabila Samsudin berkata YB Pembangkang itu tidak layak menjadi Ahli Dewan.

Katanya, berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan sahih, saya syorkan kepada Dewan yang mulia ini, agar hak-hak kelayakan beliau (Jimmy) dilucutkan serta-merta.

“Saya membangkitkan perkara itu bukan untuk mencari kesilapan mana-mana pihak, prinsip saya mudah sahaja “berani kerana benar, takut kerana salah…kalau ini tidak benar, saya cabar beliau (Sri Tanjong) letak jawatan, kosongkan kerusi DUN dan biarkan rakyat menentukan kedudukan beliau,” tegasnya.

Menurutnya, ini adalah amanah dan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat bagi memastikan rakyat Sabah khususnya pengundi di DUN Sri Tanjong, tidak lagi terus di perdaya oleh Adun itu.

“Sri Tanjong selalu melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan, bercakap bohong di Dewan yang mulia ini, kononnya menjadi hero membela rakyat,” ujarnya.

Pada ketika ini Jimmy berdiri dan memberitahu Speaker (Datuk Juhar Mahiruddin) bahawa Samsudin telah menyeri peribadinya.

Menyokong dakwaan Samsudin itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban yang juga mendakwa Adun Seri Tanjung telah menjalankan projek di Tawau yang boleh menjejaskan alam sekitar.

Sementara itu, ketika ditemui di luar Dewan, sama ada beliau akan membuat laporan polis dan kepada SPRM terhadap dakwaannya di dalam Dewan itu, Samsudin berkata, terserahlah kepada sesiapa yang akan membuat laporan, oleh kerana beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah malam ini untuk mengerjakan Haji.
READ MORE - SIASAT STATUS SIJIL ANAK NEGERI YB SRI TANJUNG

Tuesday 17 November 2009

Projek beri manfaat kumpulan besar dilaksana - Shafie



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal

Kerajaan hanya akan melaksanakan projek-projek pembangunan di seluruh negara sekiranya ia mampu memberi faedah kepada kumpulan penduduk yang ramai.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberitahu, keputusan itu dibuat bagi memastikan projek yang dilaksanakan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk setempat secara keseluruhan.

''Sebelum ini, projek-projek yang dijalankan tidak mengambil kira manfaat kepada rakyat sehinggakan jalan yang dibina di sebuah kawasan hanya memberi faedah kepada kumpulan kecil, misalnya sebuah projek jalan di Kedah didapati ia hanya untuk menghubungkan dengan sebuah kawasan tanah perkuburan.

''Maka pada masa sekarang, kerajaan akan memastikan setiap projek yang dijalankan mestilah mengambil kira faedah dan manfaat kepada rakyat seramai mungkin serta tidak tertumpu kepada kumpulan kecil sahaja,'' katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap melancarkan Buletin Lembah Pantai dan Malam Mesra 1 Malaysia anjuran UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Shafie seterusnya meminta pemimpin-pemimpin UMNO berkhidmat kepada rakyat dan bukan meminta rakyat berkhidmat untuk mereka.

Katanya, sekiranya mereka berkhidmat kepada rakyat, pada pilihan raya umum akan datang, kawasan-kawasan Parlimen yang sebelum ini jatuh ke tangan pembangkang akan kembali semula kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Sementara itu, Raja Nong Chik dalam ucapannya meminta setiap aktiviti dan bantuan yang dilakukan oleh ahli dan pemimpin UMNO perlu diberi publisiti meluas bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu berkhidmat untuk mereka.

Katanya, selama ini, UMNO banyak menjalankan aktiviti membantu rakyat, tetapi tidak ada satupun yang dilaporkan oleh pihak media dan keadaan ini menyebabkan rakyat beranggapan bahawa parti itu tidak berkhidmat untuk mereka.

''Bermula dari sekarang, setiap aktiviti yang dijalankan perlu diberi publisiti, walaupun ia hanya bantuan kecil kerana perkara ini dilakukan oleh pihak pembangkang.

''Pembangkang mengambil kesempatan daripada aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan, walaupun ia hanya satu bantuan kecil, tetapi dilaporkan oleh pihak media,'' katanya.
READ MORE - Projek beri manfaat kumpulan besar dilaksana - Shafie

Thursday 12 November 2009

MAJORITI SAMBUT BAIK KEPUTUSAN SALLEH




Datuk Salleh Tun Said tidak bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua USIA.

KOTA KINABALU: Majoriti ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di negeri ini menyambut baik keputusan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua USIA pada mesyuarat agung 13 hingga 15 November ini.

Ketua USIA Bahagian Kuala Penyu, Awang Hashim Awang Damit berkata, keputusan Salleh yang juga Ketua Umno bahagian Kota Belud perlu dihormati di mana beliau telah meletakkan kepentingan perpaduan masyarakat Islam lebih utama daripada jawatan.

SELANJUTNYA..... http://www.keruak.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=971:majoriti-sambut-baik-keputusan-salleh&catid=40:terkini
READ MORE - MAJORITI SAMBUT BAIK KEPUTUSAN SALLEH