Sunday 22 July 2012

REAKREASI KUNAK SIRI IV

KUNAK PUSAT PELANCONGAN

                                                                              PINTU KAWASAN LUMPUR MENDIDIH
Siri Jelajah Tempat Bersejarah seterusnya ialah menjelajah Kawasan Lumpur Mendidih di Ladang Binuang Kunak bersama penulis USBO Kunak.Kawasan ini merupakan kawasan yang aktif Gunung Berapi dan merupakan kawasan larangan untuk dilawati kecuali memohon kebenaran dari pihak ladang berkenaan. Mempunyai kawasan sebesar "Padang Bola, yang dipagar dengan dawai besi dan mempunyai pelantar untuk melihat Lumpur Mendidih dengan jarak lebih dekat. Kawasannya sangat merbahaya kerana tebing-tebingnya yang kering, akan tetapi sangat lembut untuk dipijak. Dikhuatiri akan membahayakan pelawat kerana lumpur ini jenis jerlus boleh menghisap objek-objek yang jatuh ke dalamnya. 

                                                                                  KAWASAN LUMPUR MENDIDIH
Pemandangan berikut adalah kawasan Tanah berlumpur yang masih aktif. Mengikut cerita penduduk sekitar, terdapat sekumpulan Gajah sesat telah melalui kawasan itu dan telah jatuh ke dalam " Kawasan Tanah Mendidih " tersebut dan telah tenggelam ke dalamnya.Sejak itu, kawasan tersebut telah dipagar menggunakan dawai besi untuk faktor keselamatan. 

                                                                           PEMANDANGAN PELANTAR PELAWAT
Kawasan Tanah Lumpur sebesar Padang Bola yang aktif di kawasan tengahnya. Setiap beberapa saat gelembung udara akan keluar dari permukaan tandanya berlaku proses pemanasan didalam kawasan tersebut. 

                                                                            GELEMBUNG UDARA LUMPUR MENDIDIH
Penulis USBO Kunak, Pn Norsima Simon sedang menunjukkan kawasan Lumpur Mendidih di samping melihat gelembung-gelembung udara berlumpur timbul dipermukaan kawasan tersebut setiap beberapa saat. Sangat menakjubkan. 

                                                                     PELAWAT DI KAWASAN LUMPUR MENDIDIH
Kelihatan peserta-peserta Jelajah Tempat Bersejarah sedang menghayati panorama keindahan alam semulaji ciptaan tuhan. Masing-masing cuba mengungkai rahsia disebalik kejadian alam ini. 

    YB DATUK NILWAN KABANG DAN USBO KUNAK
Pn Norsima Simon bersama YB Datuk Nilwan Kabang, ADUN 51 Kunak yang sama-sama menjayakan Program Jelajah Tempat Bersejarah ini, Di samping warga guru Daerah Kunak. 



         TERUJA DI KAWASAN LUMPUR MENDIDIH
Pemandangan pelawat-pelawat yang menyaksikan keindahan kawasan Lumpur Mendidih ini. Tidak sah jika tidak merasai sendiri bagaimanakah rasanya Lumpur Mendidih tersebut. Mengikut peserta; Tanah Lumpur Mendidih itu kawasan di atasnya rasa panas manakala di bahagian bawahnya rasa sejuk. Dipercayai Lumpur Mendidih ini sangat mujarab untuk menghaluskan kulit dan mencantikkan kulit badan. Sama-samalah kita cuba mengungkai kebenarannya...


By: MaWaR PuTiH

No comments:

Post a Comment