Wednesday 18 July 2012

REAKREASI KUNAK SIRI I

KUNAK PUSAT PELANCONGAN

      ROMBONGAN BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI DI PUSAT PENTADBIRAN JEPUN
      Pada 9 Hb Julai 2012 ( Isnin), Program Lawatan Tempat Bersejarah Sempena Hari Guru kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Kunak bersama Yang Berhormat Datuk Nilwan Kabang, ADUN 51 Kunak beserta rombongannya. Program lawatan tersebut disertai oleh Unit UPKR, Guru-Guru Daerah Kunak, Wartawan dan tidak ketinggalan juga Persatuan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang diwakili oleh Puan Norsima Simon selaku Ahli Majlis Tertinggi Daerah Kunak. Ikuti jejak sejarah di Daerah Kunak bersama USBO yang meliputi Siri I, II, III ,IV dan V.

PUSAT PENTADBIRAN JEPUN

      Gambar di atas merupakan sebuah rumah yang dipercayai digunakan sebagai Pusat Pentadbiran Jepun yang dibina pada Tahun 1942. Rumah ini dibina menggunakan papan dan masih utuh sehingga kini. Rumah ini terletak di Mostyn Estate, Kunak iaitu kira-kira 8 km dari Pekan Kunak. Pada era 80an, rumah ini digunakan sebagai Pusat Kesihatan untuk pekerja-pekerja ladang dan kakitangan ladang Mostyn menerima rawatan. Pada masa kini, rumah ini tidak digunakan lagi dan dipelihara sebagai satu khazanah sejarah memperingati pemerintahan Jepun khususnya di Daerah Kunak.


 TEMPAT SEMBAHYANG (PENYEMBAHAN) 

       Tempat bersejarah yang ke-2 yang dilawati ialah sebatang Kayu Belian yang dipercayai objek yang disembah oleh tentera Jepun. Tunggul kayu ini mempunyai ketinggian lebih kurang 10 kaki dan mempunyai ukuran lilit sebesar sebiji bola keranjang. Tunggul kayu ini terletak di Kg Lama Baru, Mostyn di Daerah Kunak. Ianya juga berhampiran dengan SK Mostyn, Kunak. Kawasan ini dianggap 'keras' oleh penduduk kampung berkenaan dan dipercayai di bawah tunggul kayu tersebut tersembunyi 'Harta Karun Tentera Jepun'. Tambahan lagi, telah beberapa kali telah dicuba untuk mengalihkan tunggul kayu tersebut namun tidak berjaya. Sejauh mana kebenarannya, cerita tunggul kayu tempat penyembahan Jepun ini masih misteri sehingga kini.
  
By: MaWaR PuTiH 

No comments:

Post a Comment