SEJAK GLOSARI Bajau/Sama- Bahasa Melayu diperkenalkan oleh Persatuan Seni Budaya Bajau Sabah (PSBA) pada 23 Febuari 2004, nampaknya kamus baru yang telah diterbitkan. Sama ada penyusunnya, Mohd Said
Hinayat sedang melaksanakan proses menambah kemasukan sub-dielek pada
glosari itu, rasanya jika ada usaha demikian, kita perlu terbitkan
pada bentuk lazimnya sebuah kamus.
Memang tidak dinafikan untuk
menyelenggaraan sebuah kamus bukan mudah, tetapi bukan bermakna tidak boleh
dilaksanakan. Dengan adanya glosari sedia ada itu, kerja memasukkan
istilah baru mungkin tidak begitu rumit walaupun memakan banyak waktu,
tenaga dan perbelanjaan. Setakat ini, glosari yang diterbitkan oleh PSBB
itu memuatkan 25,000 kata yang dimasukkan daripada 28 variasi dielak
Bajau/Sama, termasuk dari Filipina dan Indonesia.
Sesungguhnya
sejak PSBB Dan penyusun glosari Bahasa Bajau/Sama – Bahasa Melayu
mencipta sejarah perkamusan tersendiri, kekhuatiran terhadap hilangnya
tunjang budaya yang berteraskan ibunda Bajau/Sama di negeri ini memang
sudah dirasakan pada waktu itu.
Malah, Mohd Said sendiri pada kata
pengenalan glosari itu menyatakan kekhuatiran itu memang berasas kerana
sudah ada tanda awal kehilangan tunjang budaya, sekaligus mengalihkan
kepentingan terhadap perkara yang mungkin tenggelam seterusnya mengikis kesinambunagn seni dan budaya Bajau/Sama kepada umum.
Ternyata selepas menyuarakan kegelisahan beliau kira-kira 10 tahun
lalu, kita mendapati adanya gejala kehilangan jati diri bangsa ini
tertama di kalangan generasi muda yang semakin terdedah dengan pelbagai
kemajuan dan kepesatan teknologi media penyiaran, lebih-lebih lagi kesan
teknologi siber dan maya.
Tetapi bukan bahasa Bajau/Sama yang menghadapi masalah berkenaan, malahan semua bahasa etnik dan ibunda di kepulauan Borneo ini.
Tetapi bukan bahasa Bajau/Sama yang menghadapi masalah berkenaan, malahan semua bahasa etnik dan ibunda di kepulauan Borneo ini.
Kepupusan bahasa bukan suatu yang
tidak dielakkan, dan contoh di negeri ini boleh dilihat berdasarkan
kenyataan yang di hadapi oleh suku Kimarang. Bukti terbaru mengenai nama
bangsa itu sudah tidak digunapakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN), tetapi menggunakan nama bangsa ibu bapanya. Mutakhir, kebanyakan
ibu bapa di kalangan suku kaum itu menggunakan nama bangsa sama ada
Dusun atau Kadazan. Dan apabila mereka mahu menggunakan bangsa anak itu
kepada Kimarang, ia ditolak oleh JPN atas alasan di atas.
Walaupun
bangsa Bajau/Sama akan terus kekal untuk tempoh yang lama, tetapi
kekhuatiran akan hilangnya penutur bangsa ini pasti berlaku jika tiada
usaha dilakukan di peringkat akar umbi, selain sokongan di pihak
pertubuhan seperti USBO untuk mengadakan seminar kesedaran membabitkan
generasi muda, khususnya pelajar sekolah, ibu bapa dan institusi pihak
berkuasa di desa seperti ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK).
Juga, kita perlu memastikan semua program kemayarakatan anjuran kerajaan
seperti Desa Wawasan, Rukun Tetangga (RT) atau Rela perlu memasukan
aspek kebahasaan ini apabila mereka mengadakan rancangan di kawasan
maing-masing. Malah pada majlis perkahwinan. Ia perlu dilakukan
umpamanya, juruacaranya bercakap bahasa Bajau/Sama dan jika ada tetamu
luar boleh dialihbahasakan (Bahasa Melayu).
Pada masa yang sama,
kita perlu menggalakkan penulis (susastera), guru sekolah rendah dan
menengah, pensyarah serta sarjana institut pengajian tinggi awam dan
swasta (IPTA/S) untuk mengambil bahagian menerbitkan buku cerita
kanak-kanak atau dewasa (remaja/belia), termasuklah cerita rakyat,
gurindam, syair dan pantun.
Buku itu kelak boleh dijual kepada
penduduk berkenaan. Walapun mungkin terdapat pelbagai variasi dielek
Bajau/Sama di negeri ini, mereka bolehlah memilih dielak yang agak
dominan, umpamanya menggunakan bahasa Bajau/Sama Kota Belud (Putatan dan
Tuaran) bagi kawasan Pantai Barat dan Bajau Semporna bagi kawasan
Pantai Timur (mana yang berkenaan).
Untuk melaksanakan intergasi
antara bahasa ibunda ini, buku terbitan berkenaan bolehlah diedar atau
dijual tidak kira untuk pembaca Pantai Barat atau Pantai Timur.
Bagaimanapun, rencana ini tidak bermaksud cadangan itu sebagai menekan
butang kecemasan, melainkan sebagai kemasukan rancangan jangka pendek
atau panjang USBO, khususnya di pihak Jawatkuasa Penerangan atau
Pendidikan. Memang langkah itu sudah dilaksanakan sejak dahulu, tetapi
merangsang individu yang berupaya menulis dan menghasilkan buku, cerita
atau kajian ilmiah di kalangan ahli USBO supaya menjadi pihak ‘swasta’
untuk membantu badan induknya. (perbadingannya, antara kerajaan-swasta).
Adalah
diharapkan dengan adanya pembabitan aktif di kalangan pihak berkenaan,
proses kesinambungan budaya itu akan terus berlansung, pada masa yang
sama melambatkan proses kehilangan tunjang budaya yang dikhuatiri
melanda generasi muda di kalangan suku kaum Bajau/Sama, terutama dalam
aspek kebahasaan.
Oleh: Yatim Taubatal Andam
By: MaWaR PuTiH
No comments:
Post a Comment