Friday 30 May 2008

PENTINGKAH USBO KEPADA UMNO SABAH?



(Dari Blog:http://www.amunamat.blogspot.com/) Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said mempunyai niat murni di sebalik penjenamaan semula PSBB kepada USBO, namun dalam masa yang sama hampir seluruh rakyat Sabah melihat USBO mampu memperkuat UMNO Sabah tetapi ada segelintir ahli merasa USBO merupakan ancaman dan menghakis cengkaman mereka dalam UMNO sehingga ada melihat serong kepada USBO. Ketandusan kepimpinan Bumiputera Islam telah membuka ruang yang cukup luas kepada Salleh untuk menjadi pemimpin ulung kepada bumiputera Islam Sabah yang telah ditinggalkan kosong oleh Tun Mustapha daripada USNO dan Datuk Harris Salleh dengan trademark Berjaya.Jika sebelum ini Bumiputera bukan Islam menganggap Tun Fuad Stephen sebagai Huguan Siou yang kini dipikul oleh Joseph Pairin Kitingan, Bumiputera Islam tidak mempunyai pemimpin ulung. Walaupun ’pemimpin’ Islam silih berganti, datang dan pergi, namun Karisma Tun Mustapha dan Wibawa Harris masih menjadi legasi yang belum ditandangi setakat ini.“Pengaruh USBO amat penting untuk Umno kerana Bajau masih mendominasi pola pengundian hampir 44 kawasan pilihan raya DUN dan 15 Parlimen, terutama pengundi luar. Dalam perubutan kuasa, percakaran politik, lazimnya kumpulan minoriti mendapat kuasa dan akan mengekalkan kuasa sampai bila-bila kerana mereka yang bertelagah didamaikan oleh orang luar rumpun yang mempunyai wang untuk membeli pengaruh. Oleh itu, semua pemimpin Bajau perlu bersatu di dalam USBO untuk mengekalkan jati diri mereka dan berjuang untuk semua masyarakat Sabah.“Parokial (sentimen kaum) tidak timbul langsung. Kita kena kekalkan jati diri, iaitu jangan malu mengaku Bajau jika kita adalah Jurai Keturunan Bajau (JKB). Perpecahan kaum Dusun kepada beberapa jurai keturunan menyebabkan mereka mudah diperintah kerana ada pemimpin mereka semata-mata sanggup berpecah demi kelompok kepentingan mereka di sebalik kebaikan kerana mereka dapat mendominasi politik di peringkat negeri dan persekutuan. Sejauhmana taktik Datuk Seri Panglima Musa Aman yang gagal menyesuaikan diri dan memberi nilai tambah kepada pemimpin Bajau, sebaliknya mula mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan menaja kumpulan serpihan USBO untuk memukat pengaruh rumpun Bajau yang ’datang tak diundang, pergi tak disuruh’.Tambahan telah menyingkir nama-nama besar pemimpin dari kumpulan Bajau pada PRU12 yang lalu seperti Datuk Seri Penglima Salleh, Tan Sri Pandikar dan Datuk (Datu) Amir Khar Tun Mustapah dll.Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Musa berpendapat hanya Umno dan bukannya badan lain yang menjadi platform untuk menyatu dan memperjuangkan nasib rumpun Melayu dan Bumiputera di Sabah. Sejauhmana kah pendapat beliau ini ada kebenaranya, sedangkan orang Melayu di semanjung mulai pudar kepecayaan mereka terhadap UMNO dalam PRU 12. Tanpa bantuan Sabah dan Sarawak tentu sekali tidak lagi bermaya BN membentuk kerajaan Persekutuan.Sehingga kini, Sabah sudah pernah mempunyai 6 Ketua Menteri Melayu iaitu Tun Mustapha, Datuk Harris Salleh, Tun Sakaran, Salleh Tun Said, Osu Sukam dan Musa Aman, namun hanya Harris Salleh dan Musa Aman sahaja yang bukan daripada keturunan Bajau.Dalam kegemilangan memimpin USBO, agak malang juga bagi Salleh kerana terpaksa mempertahankan diri daripada serangan dari berbagai arah sehingga kehilangan dominasi politiknya. Untuk mengembalikan dominasi ini hanya ahli-ahli USBO yang masih ingat perjuangan Tun Said Keruak (ayah) dalam pasca kemerdekaan Sabah bersama kawan kawanya. Salleh Tun Said harus bermawas (bemuasabah) diri dari kecederaan ini dan dapat memperbaiki diri untuk memiminpin sukunya. Bajau iaitu sama Suluk, Binadan atau Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan, Iranun dan Jama Mapun mesti berdiri teguh di belakang beliau demi maruah bangsa.“Peranan USBO Terlalu besar. Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada Umno umpama Usia dengan USNO dahulu,” tegas Jabar (Vatern politik) yang merasakan Salleh mampu membawa kegemilangan yang pernah dilakar Tun Mustapha.Penyusunan semula jentera USBO dibuat selepas pertukaran nama Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) kepada United Sabah Bajau Organisation (USBO) diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Ogos 2006.USBO merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk mempastikan kesejahteraan komuniti Bajau yang terdiri daripada 12 sub-etnik iaitu Iranun, Sama, Suluk, Binadan atau Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun.USBO menerima sambutan hangat daripada masyarakat Bajau terutama dengan penyertaan lebih ramai profesional untuk memantapkan perjuangan tradisi membela rakyat secara lebih komprehensif kerana sebelum ini USBO hanya melaksanakan aktiviti pembangunan kebudayaan.Ramai berpendapat USBO lebih menyerlah jika meminda perlembagaannya untuk menerima keturunan bukan Bajau menyertai persatuan itu dan menjenamakan semula USBO sebagai United Sabah Bumiputera Organisation ataupun USNO United Sabah Native Organisation sebagai jentera terpenting memastikan Umno mempertahankan kuasa Sabah.

No comments:

Post a Comment