Monday 13 April 2009

PENGUMUMAN: Menubuhkan Cawangan




Dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi USBO yang lalu, 11 April, 2009, sekali lagi dibangkitkan penubuhan cawangan baru dan memperkemaskan cawangan yang sedia wujud. Difahamkan bahawa ramai masyarakat Bajau dan rumpun USBO yang berminat untuk menubuhkan cawangan. Namun mereka tidak arif mengenai prosedur yang perlu diikuti. Oleh itu hebahan perlu dilakukan.

Sebagai panduan kepada cawangan yang hendak diwujudkan perkara berikut sewajarnya dijadikan panduan:-

Pertama: Cawangan hendaklah ditubuhkan dalam bentuk "AJK Penaja" kiranya tiada cawangan USBO yang wujud di kawasan atau cawangan berkenaan.
Kedua: Gunakan borang contoh yang dapat diakses dengan Klik bendera USBO yang terdapat di blog "side" di sebelah kanan blog ini sehingga kesemuanya dimuat turun; Klik "pdf download" yang mengandung surat-surat kebenaran, borang ahli dan "perlembagaan" pertubuhan ini.
Ketiga: "copy" borang dan "perlembagaan" ini. Sebagai panduan menubuhkan cawangan, sila rujuk seksyen-seksyen/peruntukan perlembagaan ini untuk menubuhkan cawangan. Sila patuhi peruntukan dan peraturan yang ditetapkan.
Keempat: Sila hubungi kami melalui e-mail: rangkaianusbo@yahoo.com sekiranya terdapat pertanyaan.

Kepada cawangan-cawangan yang sedia wujud, sila perkemaskan keahlian dengan menggunakan daftar keahlian yang mengandungi perkara berikut:-

Nama Cawangan:..........................
Alamat:..............................................
Daerah............................
Kawasan DUN:..................................

No. Nama Ahli: ..................No. Kad Pengenalan baru:............No.KP Lama
1. KIBIN BIN SAMAD ............591212-12-6033................... H0598296 (Contoh)
2.
3.
4.
n* (seterusnya)

Hantarkan surat menyurat anda ke e-mail: rangkaianusbo@yahoo.com atau ke alamat berikut:

Setiausaha Agung USBO,
Ibu Pejabat Persatuan Sabah Bajau Bersatu,
Tingkat 1, Lot 4, Blok D, Sadong Jaya,
88810 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
U.P. Dr. Liddy Salun.
.

Sekian Terima Kasih.
HARAP MAKLUM.

No comments:

Post a Comment