Tuesday, 5 June 2012

MOTIVASI KENDIRI

      STRESS: BAIK ATAU BURUK?
Alhamdulillah atas nikmat hidup yang Allah berikan. Bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup udaramu ya Allah. Dalam kesibukan kita mengejar arus kehidupan yang sangat laju, pernahkah kita terfikir untuk berhenti? pernahkah anda merasa stress atau tekanan yang sangat hebat? 

Pasti setiap diri pernah merasa tekanan dalam kehidupan. Ada banyak sebab kita sering tertekan. Mungkin kerana peperiksaan, masalah kewangan, masalah persahabatan, dan banyak lagi senarai masalah kita... 

Sahabat-sahabat yang dikasihi, 

Pernahkah anda terfikir hikmah mengapa Allah jadikan masalah yang akhirnya memberi tekanan kepada kita? Pernahkah anda merasakan bahawa dugaan yang diterima sangat berat dan tidak tertanggung? 

Mari sama-sama kita teliti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah             (2: 286): 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. 

(Mereka berdoa Dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". 

Petikan dari surah ini menunjukkan Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-Nya. Allah menguji makhluk sesuai dengan keupayaan makhluk tersebut. 


Sahabat-sahabat, 

Suka untuk saya bawakan satu dimensi berbeza untuk kita melihat tekanan dan ujian yang melanda diri kita. Saya ingin kita sama-sama melihat bahawa tekanan dan ujian itu adalah hadiah dari Allah. Ya, hadiah dari-Nya. Bagaimana?

 1) Tekanan yang Allah berikan boleh menjadi salah satu cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. 
 -Sudah menjadi lumrah apabila kita berada dalam kesusahan kita akan meminta pertolongan. Tekanan sebagai salah satu masalah yang menimpa diri kita mampu membantu kita untuk taqarrub, mengadu, mengaku kesalahan dan kelemahan diri kita. Ya, Allah ingin kita mengadu kepada-Nya. Sedarkah kita apabila kita senang, kita sering melupakan nikmat Allah, jadi tekanan ini membolehkan kita mendekati Allah dan terus mengadu kepada-Nya. 

2) Tekanan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri. 
 -Sedarkah kita apabila kita tertekan, ia mungkin berkait dengan pengurusan diri yang kurang baik?. Saya sendiri jika berhadapan dengan tugasan yang terlalu banyak akan merasa tertekan. Bila difikirkan kembali, ia mungkin berkait dengan ilmu pengurusan masa dan kerja yang kurang efektif. Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah kekurangan ini dan memperbaikinya.

 3) Tekanan menjadikan kita lebih tabah dan cekal. 
 -Biasa kita melihat ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anak dengan berjaya selepas kematian suami. Anda rasa, mengapa mereka berjaya? kerana adanya tekanan. Ya, tekanan menjadi driving force atau daya penguat untuk mereka berusaha. Tekanan untuk memastikan yang terbaik diberi kepada anak-anak memungkinkan mereka terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah. 

4) Tekanan sebagai medium menguji keimanan 
-Firman Allah dalam Surah Ali-Imran (3:139): 
 dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman. 

Lihat sahabat-sahabat sekalian, Allah memberikan motivasi langsung kepada manusia. Jangan berasa lemah dan jangan bersedih hati yang berlebihan. Kerana jika kita bersabar, melawan perasaan sedih dan setrusnya berusaha untuk bangkit, kitalah antara orang yang Allah kasihi. 

5) Tekanan sebagai batu loncatan bukan sebagai batu penghalang 
-Seringkali kita mendengar keluahan orang yang tertekan. Mereka merasakan bahawa masalah yang membawa kepada tekanan akan menyusahkan hidup mereka. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk melihat tekanan sebagai pemangkin kejayaan bukan sebagai pembantut. Bagaimana?. Cuba kita bayangkan, andainya kita dapat mengubah tekanan yang kita rasai kepada tenaga positif, ia sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk kita berjaya. Dengan kata lain, kita "menekan" diri kita untuk cuba menyiapkan kerja sebaik mungkin dan tidak mengeluh. InsyaAllah ia akan menjadi kekuatan kepada kita. Bila kita diuji lagi, kita akan terbiasa dan mampu menghadapinya dengan baik. 

Sedikit penambahan tentang ciri-ciri orang yang sabar yang dinyatakan Allah dalam Surah Ali-Imran (3:146): 

dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang Dengan disertai oleh ramai orang-orang Yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa Yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang sabar. 

Motivasi Allah kepada manusia: Jangan lemah semangat dan jangan menyerah kalah! 

Satu perkara yang perlu kita sedari ialah, kelahiran kita di dunia ini adalah bukti kita insan yang terpilih untuk hidup di bumi Allah. Jadi, jangan jadikan tekanan sebagai perkara yang melemahkan kita. Merayulah , mengadulah, berdoalah kepada Allah, kerana Dia Maha Mendengar dan Memakbulkan permintaan hamba-Nya. Yakinlah sahabatku setiap ujian ada hikmahnya, kita perlu bersabar untuk menyaksikannya... 

dipetik dari http://al-munzirin.blogspot.com 

By: MaWaR PuTiH
READ MORE - MOTIVASI KENDIRI

KESIHATAN


KEMURUNGAN

Kadang kala hidup ni tak selalu happy sepanjang masa.. ada masanya kita akan berhadapan situasi yang tidak kita gemari yang menyebabkan tekanan pada diri kita dan akhirnya kita akan mengalami kemurungan.

Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

 

Jenis-Jenis Kemurungan

Reaktif
  • Paling biasa terjadi
  • disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera
Endogenous
  • Tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian
  • Faktor tidak jelas mungkin disebabkan oleh genetik
Penyakit bipolar (bipolar disorder)
  • Penyakit kemurungan dan mania

 

Simptom-Simptom Kemurungan

  1. Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  2. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  3. Cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  4. Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
  5. Perasaan bersalah dan tidak berguna.
  6. Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  7. Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  8. 'Lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  9. Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  10. Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
  11. Simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.

Mengapa Seseorang Mengalami Kemurungan

  1. Kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
  2. Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
  3. Penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
  4. Risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
  5. Ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
  6. Penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.

11 Tips Mencegah Kemurungan

  1. Belajar menjadi tenang dan bersabar
  2. Jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
  3. Rancang tugas agar teratur
  4. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu
  5. Elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
  6. Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikir secara positif
  7. Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak Kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil Keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
  8. Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
  9. Berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
  10. Jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
  11. Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.

Rujukan: http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Kemurungan

By: MaWaR PuTiH


READ MORE - KESIHATAN

Monday, 4 June 2012

KATA KATA MOTIVASI

          HAKIKAT KEPIMPINAN
 
Renungan bersama..!!

 " Serigala pun boleh menampar pipi sang singa tatkala kelemahan bila berguguran taring dan kukunya " 


   Orang yang digeruni dengan kehebatannya, bila kehilangan faktor kekuatan tersebut tidak lagi dihormati atau digeruni. Jadi sedarlah kepada anda yang bergelar pemimpin. Bagaimana anda memimpin selama ini? Jika kepimpinan hanya ingin orang lain tunduk di atas dasar kekuatan anda semata-mata , maka waktu hilangnya kekuasaan itu akan tiba dan sebagai pemimpin akan rebah kerana hilangnya faktor kekuatan tersebut. 

   Kata-kata di atas juga ibarat umat Islam hari ini yang hilang kemegahannya kerana kejahilan yang berleluasa dan ketamakkan kepada pangkat menyebabkan umat Islam hina dan dayus. Kezaliman berkuasa telah menjadikan agama bukan lagi sebagai penduan untuk meneruskan kehidupan sebaliknya hanya sebagai boneka untuk berselindung dari kejahatan. 

    Singa dalam budaya Arab disifatkan sebagai kekuasaan dan kekuatan yang positif manakala serigala pula disifatkan sebagai kuasa kejahatan.



  BANGUNKAN KAREKTOR DIRI


" Jadilah Orang yang lebih memperhatikan KAREKTOR daripada REPUTASI, kerana KAREKTOR adalah siapa anda sebenarnya, sedangkan REPUTASI adalah bagaimana orang lain berfikir tentang anda " 
John Wooden. 

     Jangan mula menilai seseorang dengan hanya riputasinya sebaliknya lihat siapa diri seseorang tersebut melalui karektornya. Nilai pada dirinya berada pada karektor. Karektor merangkumi sikap, disiplin dan jati diri seseorang. Jika bagus maka reputasi baik akan mudah terbentuk. Namun jika sebaliknya orang lain akan meletakkan reputasi buruk terhadap dirinya.


Petikan dari Asrulnizam Abas , Trengganu ( Motivator Motivasi Kerja )

By : MaWaR PuTiH             
READ MORE - KATA KATA MOTIVASI

Sunday, 3 June 2012

PUISI BAJAU PANTAI TIMUR


BONDA SERI BANDANG

Ketika langit murung
gerimis mendesah
unggas bertaffakur
peluru senyap
darah paduka tumpah
di dulang emas
kau serikandi
mengutipnya
lalu berwasiat pada angin
untuk menghantar awan
meneduh tubuh pahlawan
sebelum ia berangkat jauh
dan kau tidak lagi
ada di sisi kekasihmu.
 
 
BONDA SERI BANDANG

Ma la’ngit kadukka’an
ulan-ulan nga ha’ka
manuk-manuk magtawwakal
pungluk emba hillingan
la’ha padduka tumbang
ma talam bulawan
ka’u Serikandi
pu’wak un na
pag katis na
bissala’un ma baliuh
pabeyak'un ma gabus
lindung'ngin baran pahlawan
emmba gik iya luman pa taa
minsan na ka’uh embba nah
ma bihingku.

karya
Yatim Ahmad ( Putatan )
alih  bahasa bebas
BAJAU SI'VUTU
Norsima Simon ( Kunak )

READ MORE - PUISI BAJAU PANTAI TIMUR

Saturday, 2 June 2012

PUISI BAJAU PANTAI TIMUR

RAYANG OH RAYANG

Ma subuh ka tennehen…
Pa hanti ma teitei'yan…
Magpikil pangentoman…
Ma si rayang- rayang
Di Subuh kedinginan
Berlabuh di titian
Mengenangkan kerinduan
Terhadap si dayang-dayang

Pa hanti ma teitei'yan..
Magpikil ka lasahan
Sampai  ka elau-elau’wan.....
Pangentom ma si rayang... 
Berlabuh di titian
Mengenangkan kesayangan
Hingga ke hari mendatang
Kerinduan terhadap si dayang

Ta entom bey mag'lasahan..
Maka si rayang-rayang..
Bey pi eng’ga ka sambatan
Masih mag'pikilan..
Masih magkalasahan.
Terkenang semasa berkasih sayang
Bersama si dayang
Entah di mana gerangan
Sentiasa di fikiran
Sentiasa berkasih-kasihan

Rayang oh  rayang..
Rayang maglingkatan...
Ma lanu ma bowahan..
Pa kandak ma'mata-matahan.
Dayang oh  dayang
Dayang jelitawan
Keayuan keperibadian
Terbayang dipandangan

Rayang oh rayang...   
Dayang oh dayang...


Nukilan: MaWaR PuTiH 2012 ( BaJaU SiVuTu )
READ MORE - PUISI BAJAU PANTAI TIMUR