Tuesday, 5 June 2012

KESIHATAN


KEMURUNGAN

Kadang kala hidup ni tak selalu happy sepanjang masa.. ada masanya kita akan berhadapan situasi yang tidak kita gemari yang menyebabkan tekanan pada diri kita dan akhirnya kita akan mengalami kemurungan.

Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

 

Jenis-Jenis Kemurungan

Reaktif
  • Paling biasa terjadi
  • disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera
Endogenous
  • Tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian
  • Faktor tidak jelas mungkin disebabkan oleh genetik
Penyakit bipolar (bipolar disorder)
  • Penyakit kemurungan dan mania

 

Simptom-Simptom Kemurungan

  1. Kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
  2. Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
  3. Cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
  4. Perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
  5. Perasaan bersalah dan tidak berguna.
  6. Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
  7. Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
  8. 'Lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  9. Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
  10. Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
  11. Simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.

Mengapa Seseorang Mengalami Kemurungan

  1. Kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
  2. Peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
  3. Penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
  4. Risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
  5. Ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
  6. Penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.

11 Tips Mencegah Kemurungan

  1. Belajar menjadi tenang dan bersabar
  2. Jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
  3. Rancang tugas agar teratur
  4. Jangan terlalu mengharapkan sesuatu
  5. Elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
  6. Libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfikir secara positif
  7. Setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak Kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil Keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
  8. Tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
  9. Berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
  10. Jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
  11. Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.

Rujukan: http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Kemurungan

By: MaWaR PuTiH


READ MORE - KESIHATAN

Monday, 4 June 2012

KATA KATA MOTIVASI

          HAKIKAT KEPIMPINAN
 
Renungan bersama..!!

 " Serigala pun boleh menampar pipi sang singa tatkala kelemahan bila berguguran taring dan kukunya " 


   Orang yang digeruni dengan kehebatannya, bila kehilangan faktor kekuatan tersebut tidak lagi dihormati atau digeruni. Jadi sedarlah kepada anda yang bergelar pemimpin. Bagaimana anda memimpin selama ini? Jika kepimpinan hanya ingin orang lain tunduk di atas dasar kekuatan anda semata-mata , maka waktu hilangnya kekuasaan itu akan tiba dan sebagai pemimpin akan rebah kerana hilangnya faktor kekuatan tersebut. 

   Kata-kata di atas juga ibarat umat Islam hari ini yang hilang kemegahannya kerana kejahilan yang berleluasa dan ketamakkan kepada pangkat menyebabkan umat Islam hina dan dayus. Kezaliman berkuasa telah menjadikan agama bukan lagi sebagai penduan untuk meneruskan kehidupan sebaliknya hanya sebagai boneka untuk berselindung dari kejahatan. 

    Singa dalam budaya Arab disifatkan sebagai kekuasaan dan kekuatan yang positif manakala serigala pula disifatkan sebagai kuasa kejahatan.



  BANGUNKAN KAREKTOR DIRI


" Jadilah Orang yang lebih memperhatikan KAREKTOR daripada REPUTASI, kerana KAREKTOR adalah siapa anda sebenarnya, sedangkan REPUTASI adalah bagaimana orang lain berfikir tentang anda " 
John Wooden. 

     Jangan mula menilai seseorang dengan hanya riputasinya sebaliknya lihat siapa diri seseorang tersebut melalui karektornya. Nilai pada dirinya berada pada karektor. Karektor merangkumi sikap, disiplin dan jati diri seseorang. Jika bagus maka reputasi baik akan mudah terbentuk. Namun jika sebaliknya orang lain akan meletakkan reputasi buruk terhadap dirinya.


Petikan dari Asrulnizam Abas , Trengganu ( Motivator Motivasi Kerja )

By : MaWaR PuTiH             
READ MORE - KATA KATA MOTIVASI

Sunday, 3 June 2012

PUISI BAJAU PANTAI TIMUR


BONDA SERI BANDANG

Ketika langit murung
gerimis mendesah
unggas bertaffakur
peluru senyap
darah paduka tumpah
di dulang emas
kau serikandi
mengutipnya
lalu berwasiat pada angin
untuk menghantar awan
meneduh tubuh pahlawan
sebelum ia berangkat jauh
dan kau tidak lagi
ada di sisi kekasihmu.
 
 
BONDA SERI BANDANG

Ma la’ngit kadukka’an
ulan-ulan nga ha’ka
manuk-manuk magtawwakal
pungluk emba hillingan
la’ha padduka tumbang
ma talam bulawan
ka’u Serikandi
pu’wak un na
pag katis na
bissala’un ma baliuh
pabeyak'un ma gabus
lindung'ngin baran pahlawan
emmba gik iya luman pa taa
minsan na ka’uh embba nah
ma bihingku.

karya
Yatim Ahmad ( Putatan )
alih  bahasa bebas
BAJAU SI'VUTU
Norsima Simon ( Kunak )

READ MORE - PUISI BAJAU PANTAI TIMUR

Saturday, 2 June 2012

PUISI BAJAU PANTAI TIMUR

RAYANG OH RAYANG

Ma subuh ka tennehen…
Pa hanti ma teitei'yan…
Magpikil pangentoman…
Ma si rayang- rayang
Di Subuh kedinginan
Berlabuh di titian
Mengenangkan kerinduan
Terhadap si dayang-dayang

Pa hanti ma teitei'yan..
Magpikil ka lasahan
Sampai  ka elau-elau’wan.....
Pangentom ma si rayang... 
Berlabuh di titian
Mengenangkan kesayangan
Hingga ke hari mendatang
Kerinduan terhadap si dayang

Ta entom bey mag'lasahan..
Maka si rayang-rayang..
Bey pi eng’ga ka sambatan
Masih mag'pikilan..
Masih magkalasahan.
Terkenang semasa berkasih sayang
Bersama si dayang
Entah di mana gerangan
Sentiasa di fikiran
Sentiasa berkasih-kasihan

Rayang oh  rayang..
Rayang maglingkatan...
Ma lanu ma bowahan..
Pa kandak ma'mata-matahan.
Dayang oh  dayang
Dayang jelitawan
Keayuan keperibadian
Terbayang dipandangan

Rayang oh rayang...   
Dayang oh dayang...


Nukilan: MaWaR PuTiH 2012 ( BaJaU SiVuTu )
READ MORE - PUISI BAJAU PANTAI TIMUR

Friday, 1 June 2012

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN BAJAU

NAJAT WARISAN PUISI BAJAU KOTA BELUD
    ( gambar hiasan )
      Setiap bangsa di dunia mempunyai hasil karya dan seni budaya yang menjadi amalan dan hiburan. Setiap karya dan seni budaya ini pastinya sedapat mungkin diwariskan kepada generasi berikutnya.Begitu juga dengan Suku Kaum Bajau Kota Belud Sabah yang mewarisi kesenian puisi Lisan yang dikenali sebagai "NAJAT". 

     Najat merupakan sejenis puisi lisan yang dinyanyikan oleh masyarakat Bajau, khususnya masyarakat Bajau di Daerah Kota Belud, Sabah. Memandangkan najat juga tidak kurang menariknya sebagai sejenis puisi lisan, maka nyanyian ini juga mendapat perhatian dalam majlis-majlis keramaian masyarakat Bajau.

    Najat mempunyai empat ciri yang ketara, iaitu, pertama, ia mempunyai empat baris serangkap sepertimana bentuk syair Melayu dengan rima akhir yang sama a-a-a-a; kedua, najat disampaikan seperti cara menyampaikan syair dalam masyarakat Melayu, dengan lain perkataan ia tidak boleh disampaikan secara berpantun; ketiga, najat disampaikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik, dan keempat, ia dinyanyikan sama ada secara solo atau secara dual (berpasangan), lazimnya hanya penyanyi lelaki sahaja. 

Contoh najat dapat diperhatikan seperti di bawah ini. 
 a) Nasihat I 
Buan sukup dentaun entedo 
Dela dendo kiti kerso 
Ligantu betong niaq tekiro 
Dekit dekit jo turi pekedom moto 

Bulan cukup setahun sekali 
Lelaki perempuan kita merasa 
Lapar perut tidak terkira 
Sedikit-sedikit sahaja tidur menutup mata


Nuntut ilmu ai no muq ganti
Patua lagu tu engkau ingati
Pagnalan Tuhan serta nabi
Dari kau lum sampai ka matai
 
Menuntut ilmu telahlah di sana ganti
Petua lagu ini engkau ingati
Pengenalan kepada Tuhan dan nabi
Dari kamu hidup sampai ke mati

 b) Nasihat II
o dinakan, oyo, dikiq, to, muraq
sadar no kiti junya tu ni indom samantara
alap no kam si baraq-baraq
ilmu akirat baun yang paling seteruaq

Wahai saudara, besar, kecil, tua, muda
Sedarlah kita dunia ini dipinjam sementara
Baiklah kamu saling mengingati
Ilmu akhirat bekalan yang paling baik 

matai tu setiap yang ellum kan kereso
sanang susa ni siksa ea tereso jo
amun iko amal ni posok surga no iyo
yang posok neraka pan nia no tekiro

Mati ini setiap yang hidup akan rasai
Senang susahnya siksa itu terasa juga
Jika banyak amal dia masuklah syurga
Yang masuk neraka juga tidaklah terkira

c) Pertanian
amun kiti kerjo parai
oyo dikiq songot niaq perirai
parit buweq alap ni usai
kuleq parai sanang jo atai

Kalau kita mengerjakan sawah
Besar kecil peluh tidak terkira
Air parit sebaiknya diatur
Dapat padi senanglah hati

ngetuq narad alap sitampu-tampu
bayaq ni lambat somo engkoq kutu
dong tinau ngeliu puriq pitu
lampung kerjon betamba mutu

Menuai padi baik bekerjasama
Biarlah lambat seperti kutu
Jangan takut bantu-membantu ke sana-sini
Kerja ringan bertambah mutu

d) Puasa
Waktu poso ukuman Tuhan
Setiap lau kiti niaq mangan
Telu empuq embangi beta ni tinanan
Tuhan ngendaq kiti beiman

Waktu berpuasa hukuman Tuhan
Setiap hari kita tidak makan
Tiga puluh hari lamanya ditahan
Tuhan menilai kita beriman

Teko no musim poso
Makanan minuman sukup iko
Iman engkoq napsu tinangkanan jo
Eno manusia ni rojo jomo

Datangnya bulan puasa
Makanan dan minuman cukuplah banyak
Iman dan nafsu ditahan sahaja
Itulah manusianya raja manusia (yang hebat) 

      Najat lazimnya memaparkan unsur-unsur pengajaran dan nasihat untuk hidup bermasyarakat, khususnya berdasarkan nilai-nilai agama, merupakan  satu alat hiburan, memperlihatkan unsur pengajaran, memberi teguran dan peringatan kepada pendengarnya, malah memaparkan satu gambaran aturan kehidupan sosial masyarakat khususnya budaya masyarakat Bajau. 

     Kesimpulannya bahawa pencipta najat berusaha untuk menggunakan sebaik mungkin kebolehan seninya bagi menyampaikan hal-hal tersirat yang terkandung dalam najat. Najat kemudiannya digunakan sepenuhnya sebagai salah satu alat budaya yang berupaya menyedarkan dan menjadi panduan kepada generasi Bajau yang sudah semakin hilang dan semakin jauh daripada budaya asal mereka. 

Dipetik daripada Tinjauan Awal terhadap Lakuan Bahasa dan aspek Sosiobudaya Bajau Oleh Saidatul Nornis Hj. Mahali Universiti Malaysia Sabah. 

By : MaWaR PuTiH ( USBO Kunak )
READ MORE - KESENIAN DAN KEBUDAYAAN BAJAU