Wednesday, 13 March 2013

Tabung Wira Lahad Datu

Ahli Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) seluruh Negeri Sabah dipelawa menghulur bantuan untuk mengisi Tabung Wira Lahad Datu anjuran pertubuhan berkenaan.

Setiausaha Agung USBO, Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim berkata, segala sumbangan hendaklah disalurkan kepada Bendahari Agung USBO, Encik Jemil Haji Sidah yang diberi tanggungjawab mengendalikan sumbangan tersebut. Menurut Datuk Salsidu ke semua sumbangan akan diserahkan kepada pihak kerajaan untuk diagih-agihkan kepada yang berhak. Katanya sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) USBO turut mengambil bahagian dalam proses membantu golongan yang memerlukan pertolongan sekali  gus sebagai tanda penghargaan terhadap pasukan keselamatan yang sanggup bertarung nyawa dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Pencerobohan di Lahad Datu dilakukan yang mengaku askar Kesultanan Sulu telah mengorbankan 10 wira negara  termasuk seorang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan enam di Semporna.

Datuk Salsidu berkata, pengorbanan perwira perwira tersebut akan terpahat dalam sejarah dan memori rakyat yang cintakan keamanan. Bagi pihak pertubuhan beliau juga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga yang kehilangan anggota famili yang tersayang.



Setiausaha Agung USBO, Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim



Bendahari Agung USBO, Encik Jemil Haji Sidah
READ MORE - Tabung Wira Lahad Datu