Friday, 8 October 2010

SABAH PASTIKAN ETP BERJAYA




8th October, 2010

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sudah bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dan membantu kerajaan pusat untuk memastikan Program Transformasi Ekonomi (ETP) berjaya dan memberikan faedah kepada semua pihak khususnya di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, pro- gram ETP selari dengan apa yang diwujudkan oleh kerajaan negeri menerusi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Hala- tuju Kerajaan Negeri sebelum ini.

“Kita akan bantu apa juga yang boleh…kita percaya kita di Sabah akan dapat memberikan manfaat dan pembangunan se- cara holistik kepada rakyat di negeri ini,” katanya ketika ber- ucap merasmikan Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini, kelmarin.

Beliau berkata, ETP selari dengan inisiatif SDC dan ia juga memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang telah telah dikenalpasti di bawah inisiatif SDC iaitu pertanian, kelapa sawit, pelancongan serta minyak dan gas.

Musa berkata, ETP bertujuan untuk mengembangkan sektor pelancongan kepada “agri-business” menorah kepada model keseluruhan yang berpaut kepada kehendak dan keperluan pasaran yang berskalakan ekonom serta rangkaian nilai yang bersepadu.

“Salah satu daripada Projek Permulaan-Entry Point Project (EPP)ialah perladangan rumpai laut gred komersial,” katanya .....selanjutnya
READ MORE - SABAH PASTIKAN ETP BERJAYA