Tuesday, 18 August 2009

USBO WADAH PERJUANGAN BARU

1. Pada lazimnya sejak dahulu, setiap suku di Pulau Borneo mempunyai, Datu, Sharif, Panglima, Pangiran dan sebagainya sebagai ketua atau penghulu. Semua kebajikan dan permasalahan diurustadbir berlandaskan adat dan tradisi dan bukannya "persatuan-persatuan" bangsa sendiri.

2. Sebelum dan di awal kemerdekaan cara membela "hak" suku berlainan. Hampir semuanya "diwakili" parti politik.

3. Rumpun Kadazan di lindungi UPKO; Dusun "berkudakan" Pasok Momogon; Cina "dengan" SCA dan Bumiputera Islam berpaut pada USNO.

4. Masa belalu sekelip mata, pembelaan hak suku-suku juga turut berubah. Kalau sebelumnya hak dilindungi oleh parti politik semata-mata, pembelaan diperkuatkan oleh "persatuan-persatuan" suku bangsa.

5. Tren ini menjalar dengan luas sehingga semua bangsa di Sabah dibela persatuan-persatuan suku yang bermatlamat khas. Suku Bajau ada PSBB; Dusun di bela oleh USDA; Kadazan bernaung pada KCA, Iranun dengan PISBA dan dipendekan cerita setiap suku bangsa telah mewujudkan persatuannya.

6. Pendekar Cahaya telah menghayati perkembangan ini. Ada persatuan yang aktif dan agresif dan ada persatuan yang kaku-lesu dan banyak persatuan pula yang terkulai mati.

7. Pendekar Cahaya dapat perhatikan iaitu persatuan yang dipimpin oleh individu yang berjawatan tinggi di dalam pentadbiran kerajaan negeri dapat berfungsi dengan memuaskan. Contoh klasik KCA yang kini bergelar KDCA, sejak ditubuhkan prestasi kerjanya menakjubkan.

8. Ada suku yang bertanya, "Kenapa perlu ditukarkan nama - dari KCA menjadi KDCA -?"

9. Jawapan ringkasnya, "Itu namanya perubahan yang dilandaskan kepada permaufakatan. Perubahan ini mengakibatkan perpaduan di antara Dusun dan Kadazan."

10. "Tidak bolih dinafikan oleh sesiapa bahawa KDCA mempunyai pengaruh yang luar biasa", hujah Pendekar Cahaya. "Tahu mengapa?", Pendekar Cahaya bertanya pula seolah-olah dia tak tahu sebab-sebabnya.

11. "Siapapun tahu sebabnya", tambah Pendekar Cahaya. "Antaranya, KDCA mempunyai ramai suku yang bernaung di bawah panji-panjinya seperti, Kadazan, Dusun, Lutod, Tambanua, Kimaragan dan sebagainya", Pendekar Cahaya menjelaskan seterusnya.

12. Pepatah Melayu ada mengatakan, "Kalau baik buat teladan, yang tak baik buat sempadan". Pendekar Cahaya menjelaskan.

13. Itu sebabnya Pendekar-Pendekar Cahaya yang serumpun dan sebangsa telah bermuhasaba diri dan telah sepakat untuk mencontohi KDCA.

14. Dari muhasaba itu, wujudlah USBO yang bermatlamat membela suku-suku, Bajau Pantai Barat, Bajau Pantai Timor, Suluk, Kagayan, Iranun, Binadan, Yakan, Ubian, Simunul, Sibutu, Balangingngi dan lain-lain.

15. Niat Pendekar-Pendekar Cahaya USBO adalah ikhlas, mencontohi KDCA yang tersohor dan terserlah, tetapi Pendekar-Pendekar Cahaya lain bangsa mencurigai niat ini dan menuduh kononnya USBO adalah wadah Pendekar-Pendekar Cahaya yang tidak boleh dipercayai.

16. Ada juga "orang sendiri" yang tak habis-habis menuding jari, kononnya USBO adalah wadah perjuangan Pendekar-Pendekar Cahaya yang mementingkan diri atau menghidupkan politik mereka yang telah terkubur mati.

17. Pendekar-Pendekar Cahaya USBO rata-rata ilmuan dan berpengalaman. Ada pula di antara mereka yang berkedudukan di dalam parti dan kerajaan. Kalau mereka ini di syakwasangkai, mengapa kah pucuk pimpinan mempercayai mereka ini?

18. Hakikat sebenarnya kata Pendekar Cahaya, "Pendekar-Pendekar Cahaya rumpun USBO didengki dan digeruni dan bukannya bakal penentang yang tak boleh dipercayai". v 19. Pada bakal-bakal Pendekar Cahaya di kalangan rumpun USBO, jangan ashik berpeluk tubuh, ambil peluang ini untuk mengembalikan martabat rumpun bangsa yang telah tercicir kerana sengketa dan kealpaan kita dimasa lalu. Berpadu dan bersatulah di bawah panji-panji USBO! dengan penuh istiqamah untuk membuang yang keruh dan mengaut yang bersih.

20. Sesungguhnya, USBO dan lah wadah perjuangan BARU untuk KAMU!

21. Pendekar-Pendekar Cahaya rumpun USBO yang sedia ada rata-rata tidak selincah seperti sewaktu muda mereka sebab di mamah usia tua. Mereka bersedia untuk "menurunkan" segala "ilmu" di dada dengan syarat kamu, bakal-bakal penganti menerimanya dengan "suci hati" dan berjanji bahawa kamu akan didikasi memperjuangkan "hak" rumpun Bangsa USBO dan jangan SAMA SEKALI BERSENGKETA di antara sesama kamu.

22. HIDUP USBO! HIDUP USBO! HIDUP USBO!, WADAH PERJUANGAN BARU RUMPUN KU.

No comments:

Post a Comment