Mampukah Seni Kukuhkan Perpaduan
Yang Mula Rapuh?
MASIH RAMAI khalayak di negara kita belum cukup memahami apa itu
perpaduan, persefahaman atau mengawal perasaan supaya tidak mengeluarkan
pertuturan yang menyinggung perasaan masyarakat, terutama di luar
lingkungan persekitaran dirinya. Sedangkan jika kita bercakap terlalu
kasar, memanas tidak tentu pasal, memaki hamun dan menyeranah ahli
keluarga pun, sudah menimbulkan riaksi yang tajam, inikan pula
membabitkan sekumpulan masyarakat, malah di peringkat perdesaan, daerah,
kewilayahan dan negara.
Dan percakapan lebih berbahaya apabila
menganggap kita mewakili suatu kumpulan yang kononnya turut menaruh
syak wasangka kepada satu kelompok lain kerana perbezaan kaum, agama,
bangsa atau perbezaan negeri kelahirannya. Persoalan utama ialah sikap
tidak bertanggungjawab segelintir golongan dewasa, termasuk kepimpinan
pelbagai aliran di negara ini menjadikan generasi muda Malaysia sudah
mula berani meninggalkan resam dan budaya bangsa yang berteraskan adat
sopan dan hormat menghormati.
Di sebalik terhakisnya sikap tidak tahu malu ini, perpaduan negara kita
semakin hari semakin tajam menuju jurang perpecahan, jika pada era pasca
merdeka ialah isu perkauman hingga tercetusnya peritiwa berdarah 13 Mei
1969, tetapi sekarang gejala perpecahan itu telah terbahagi kepada
kepada komponen kecil yang turut membabitkan daerah atau negeri
kelahiran, sub-etnik, hinggalah sekecil-kecilnya di mana asal kampung
mereka.
Kira-kira separuh abad, selepas peristiwa itu, usaha
kerajaan mengubal pelbagai peraturan dan undang-undang berkaitan
perpaduan bangsa mula menghadapi kerapuhan semula. Kita mungkin
menunding telunjuk kepada kepimpinan dan penyokong politik dan kerajaan
yang selalu sahaja menghalalkan cara mereka mempertahankan pendirian
masing-masing, hatta sanggup mengisyaratkan keburukan pesaing mereka
dengan memaki hamun, memfintah dan tergamak mengkafir dan memperlekehkan
ulama.
Sejarah membutikan bahawa sebelum peristiwa berdarah
itu antara lain kerana penguasaan ekonomi yang tidak seimbang antara
kaum, kemiskinan tidak terkawal dan hubungan antara kaum terlalu tipis.
Menyedari perkara ini maka kerajaan telah melakukan penyusunan semula
masyarakat termasuk memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar
Pendidikan Negara, Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan.
Ini adalah antara komponen utama yang kemudian dibahagi kepada beberapa
perkara yang semuanya sebagai alat mengetatkan dasar utama yang longgar
sebelumnya. Sebagai contoh, DEB ialah gerakan pembasmian kemiskinan di
kalangan rakyat bandar dan luar bandar, selain merapatkan jurang
perbezaan antara kaum dalam bidang ekonomi.
Manakala Dasar
Bahasa Kebangsaan ialah penjelasan yang lebih terpeinci berkaitan
pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan bangsa. Ini kerana
bahasa Melayu adalah warisan pembinaan negara sejak abad ke-7 iaitu pada
kemunculan kerajaan Sriwijaya yang menggunakan bahasa itu sebagai
bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan pengajian agama (Buddha).
Terkemudian, kedudukan dan pendaulatan bahasa Melayu diwarisi pula oleh
kerajaan di Kepulauan Melayu seperti Kerajaan Pasai, Kesultanan Melaka,
Acheh, Kutai, Patani dan Brunei. daripada itu, Kerajaan Pasai yang
muncul pada kira-kira abad ke-13, manakala Kesulatanan Melaka pula pada
abad ke-15 yang kemudian muncul sebagai kerajaan paling berpengaruh yang
luas jajahan takluknya serta berhubung dengan kuasa besar dunia pada
masa itu.
Dan apabila negara mencapai kemerdekaan, maka empat
perkara pokok telah dipersetuji menjadi kontrak sosial negara iaitu
kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan hak istemewa orang Melayu/Bumiputera
(Sabah dan Sarawak).
Dalam hubungan ini, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, selain Dasar Bahasa
Kebangsan, ialah mewujudkan perpaduan antara kaum menerusi pembinaan jati
diri. Ini dilakukan menerusi penekanan prinsip kebudayan rakyat asal
atau kebudayaan Melayu dan Islam serta keterbukan kita menerima
unsur-unsur asing dan wajar dalam kebudayaan bangsa.
Dengan itu
kita boleh mencapai matlamat perseimbangan, termasuk pembangunan
kerohanian, ekonomi dan kemajuan pembangunan fizikal negara.
Sementara Dasar Bahasa Kebangsaan, antara lain mengiktiraf hasil susastera sebagai antara pencetus perpaduan rakyat. Ini kerana hasil
susastera itu difahami semua lapisan masyarakat yang turut menyalur
maklumat adat budaya bangsa sesama mereka atau pelancong. Dan penulisnya
bukan hanya di kalangan orang Melayu, tetapi kalangan bukan Melayu.
Daripada itu, kita tentulah tidak menerima jika semua dasar ini tidak
dapat memenuhi keperluan untuk rakyat memahami tanggungjawab mereka
melaksanakan tugas sesuai sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan
perihatin.
Semua perkara berkaitan, termasuk pelaksanaan
program berkaitan perpaduan dan intergasi kebangsaan itu sering
disalurkan menerusi media, termasuk media elektronik, surat khabar dan
kini menerusi internet. Antaranya, ialah penyaluran karya-karya penulis
yang rata-ratanya boleh dibaca dan difahami.
Jadi, adakah anda membaca karya sastera yang menyebut perlekehan budaya,
suku kaum, bangsa dan menyebut soal diskriminasi kewilayahan?
Biar saya kutip penjelasan mengenai susastera yang ia adalah literature
atau literture bermaksud akar budaya yang subur dalam kehidupan
manusia. Ia juga sebahagian keperluan utama manusia, selain makan minum
dan tempat tidur, kita memerlukan alat untuk berhibur, muzik. Juga
memerlukan ketenangan kerohanian. Juga manusia mahu melihat negaranya
aman dan makmur.
Dengan itu, mereka perlukan hasil seni, satu
daripada seni persuratan. Karya seperti puisi, cerpen dan novel inilah
kelak akan memberikan kita kesedaran, betapa keamanan dan kemakmuran itu
harus dengan sikap yang baik, bertanggungjawab, tidak menimbulkan
kekacuan dan pertelingkahan dengan ucapan yang jahat dan buruk. Dalam
hasil susastera, semua ada kecuali ia memperkatakan secara
melampau-lampau menimbulkan permusuhan antara satu kaum dengan kaum lain
atau bangsa yang lain,atau mengungkit perbezaan kewilayahan dan memaki
hamun masyarakat di negeri lain.
Begitulah, susastera yang memiliki nada yang halus, manis dan sesempurna
naluri manusia yang tersangat cintanya kepada ketenteraman. Tetapi ini
tidak bermakna penulisnya berdiam diri atau masih berlembut jika
sesetengah manusia negara ini yang kononnnya bertamadun, terus besi keras
untuk tidak membaiki cara pertuturannya, malah terus mengecap orang
lain dengan kata-kata yang menyakitkan.
Sehubungan itu, kita
mahu pihak pihak kerajaan supaya mengubal satu lagi dasar berkaitan
undang-undang yang membolehkan tindakan terhadap rakyat negara ini yang
tidak menggunakan perkataan sopan atau menimbulkan isu diskriminasi
perkauman dan kenegerian di layar maya seperti facbook, twiter dan blog.
Jika saya ditanya, mengapa internet di penuhi oleh catatan atau laporan
lucah dari negara Barat, saya menjawab begini: sesiapa yang mahu
membaca laporan atau komen itu, terpulang kepada dia, tetapi untuk ikut
berkomen dan membuat kelucahan di negara ini, sebagai rakyat negara ini
sebagai insan berpegang kepada agama, elok tinggalkan, jika mahu anda
tinggal di negara yang lucah itu.
New Sabah Times, Isnin 13 Ogos 2012. Yatim Ahmad, Kota Kinabalu Sabah.
By: MaWaR PuTiH
READ MORE - ANTALOGI CERPEN RAKYAT