Friday, 1 June 2012

KESENIAN DAN KEBUDAYAAN BAJAU

NAJAT WARISAN PUISI BAJAU KOTA BELUD
    ( gambar hiasan )
      Setiap bangsa di dunia mempunyai hasil karya dan seni budaya yang menjadi amalan dan hiburan. Setiap karya dan seni budaya ini pastinya sedapat mungkin diwariskan kepada generasi berikutnya.Begitu juga dengan Suku Kaum Bajau Kota Belud Sabah yang mewarisi kesenian puisi Lisan yang dikenali sebagai "NAJAT". 

     Najat merupakan sejenis puisi lisan yang dinyanyikan oleh masyarakat Bajau, khususnya masyarakat Bajau di Daerah Kota Belud, Sabah. Memandangkan najat juga tidak kurang menariknya sebagai sejenis puisi lisan, maka nyanyian ini juga mendapat perhatian dalam majlis-majlis keramaian masyarakat Bajau.

    Najat mempunyai empat ciri yang ketara, iaitu, pertama, ia mempunyai empat baris serangkap sepertimana bentuk syair Melayu dengan rima akhir yang sama a-a-a-a; kedua, najat disampaikan seperti cara menyampaikan syair dalam masyarakat Melayu, dengan lain perkataan ia tidak boleh disampaikan secara berpantun; ketiga, najat disampaikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik, dan keempat, ia dinyanyikan sama ada secara solo atau secara dual (berpasangan), lazimnya hanya penyanyi lelaki sahaja. 

Contoh najat dapat diperhatikan seperti di bawah ini. 
 a) Nasihat I 
Buan sukup dentaun entedo 
Dela dendo kiti kerso 
Ligantu betong niaq tekiro 
Dekit dekit jo turi pekedom moto 

Bulan cukup setahun sekali 
Lelaki perempuan kita merasa 
Lapar perut tidak terkira 
Sedikit-sedikit sahaja tidur menutup mata


Nuntut ilmu ai no muq ganti
Patua lagu tu engkau ingati
Pagnalan Tuhan serta nabi
Dari kau lum sampai ka matai
 
Menuntut ilmu telahlah di sana ganti
Petua lagu ini engkau ingati
Pengenalan kepada Tuhan dan nabi
Dari kamu hidup sampai ke mati

 b) Nasihat II
o dinakan, oyo, dikiq, to, muraq
sadar no kiti junya tu ni indom samantara
alap no kam si baraq-baraq
ilmu akirat baun yang paling seteruaq

Wahai saudara, besar, kecil, tua, muda
Sedarlah kita dunia ini dipinjam sementara
Baiklah kamu saling mengingati
Ilmu akhirat bekalan yang paling baik 

matai tu setiap yang ellum kan kereso
sanang susa ni siksa ea tereso jo
amun iko amal ni posok surga no iyo
yang posok neraka pan nia no tekiro

Mati ini setiap yang hidup akan rasai
Senang susahnya siksa itu terasa juga
Jika banyak amal dia masuklah syurga
Yang masuk neraka juga tidaklah terkira

c) Pertanian
amun kiti kerjo parai
oyo dikiq songot niaq perirai
parit buweq alap ni usai
kuleq parai sanang jo atai

Kalau kita mengerjakan sawah
Besar kecil peluh tidak terkira
Air parit sebaiknya diatur
Dapat padi senanglah hati

ngetuq narad alap sitampu-tampu
bayaq ni lambat somo engkoq kutu
dong tinau ngeliu puriq pitu
lampung kerjon betamba mutu

Menuai padi baik bekerjasama
Biarlah lambat seperti kutu
Jangan takut bantu-membantu ke sana-sini
Kerja ringan bertambah mutu

d) Puasa
Waktu poso ukuman Tuhan
Setiap lau kiti niaq mangan
Telu empuq embangi beta ni tinanan
Tuhan ngendaq kiti beiman

Waktu berpuasa hukuman Tuhan
Setiap hari kita tidak makan
Tiga puluh hari lamanya ditahan
Tuhan menilai kita beriman

Teko no musim poso
Makanan minuman sukup iko
Iman engkoq napsu tinangkanan jo
Eno manusia ni rojo jomo

Datangnya bulan puasa
Makanan dan minuman cukuplah banyak
Iman dan nafsu ditahan sahaja
Itulah manusianya raja manusia (yang hebat) 

      Najat lazimnya memaparkan unsur-unsur pengajaran dan nasihat untuk hidup bermasyarakat, khususnya berdasarkan nilai-nilai agama, merupakan  satu alat hiburan, memperlihatkan unsur pengajaran, memberi teguran dan peringatan kepada pendengarnya, malah memaparkan satu gambaran aturan kehidupan sosial masyarakat khususnya budaya masyarakat Bajau. 

     Kesimpulannya bahawa pencipta najat berusaha untuk menggunakan sebaik mungkin kebolehan seninya bagi menyampaikan hal-hal tersirat yang terkandung dalam najat. Najat kemudiannya digunakan sepenuhnya sebagai salah satu alat budaya yang berupaya menyedarkan dan menjadi panduan kepada generasi Bajau yang sudah semakin hilang dan semakin jauh daripada budaya asal mereka. 

Dipetik daripada Tinjauan Awal terhadap Lakuan Bahasa dan aspek Sosiobudaya Bajau Oleh Saidatul Nornis Hj. Mahali Universiti Malaysia Sabah. 

By : MaWaR PuTiH ( USBO Kunak )
READ MORE - KESENIAN DAN KEBUDAYAAN BAJAU

Thursday, 31 May 2012

Salam Derumpun Bajau

Assalamualaikum Rumpun Bajau.....
READ MORE - Salam Derumpun Bajau
PROGRAM ROADSHOW YAYASAN SABAH SEPAKAT 1 MALAYSIA
          Program Roadshow Yayasan Sabah 1 Malaysia telah berlangsung di Kg Lormarlong Kunak pada 29 Mei 2012 . Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman , Ketua Menteri Sabah. Terdapat pelbagai pengisian program tersebut antara lainnya ialah pameran Yayasan Sabah, Booth RTM, Hasil-hasil pertanian khususnya di Daerah Kunak dan acara yang meriah ialah Cabutan Tiket Bertuah yang memberikan hadiah seperti TV Plasma 42 inci, Basikal, Laptop dan sebagainya. 



          Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) tidak ketinggalan berkerjasama dalam program tersebut iaitu dengan mengenengahkan Penari-Penari Kebudayaan Bajau Daerah Kunak (USBO) bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Penari-penari mengiringi persembahan artis Sabah yang tidak asing lagi iaitu Rash dan Lobo yang didatangkan dari Daerah Semporna. Syabas Kumpulan Kebudayaan USBO Kunak.


By: MaWaR PuTiH ( USBO Kunak)

READ MORE -

Wednesday, 30 May 2012



PESTA REGATTA LEPA-LEPA KE-19


        Pesta Regatta Lepa-Lepa Ke-19 di Daerah Semporna telah berlangsung pada 20-21 April 2012. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Semporna. Majlis perasmian pada 21 April 2012 telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Johar Bin Mahiruddin, Yang Di Pertua Negeri Sabah manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah.


      Antara lain tujuan mengadakan Pesta Air Regatta ini adalah untuk memperkenalkan seni budaya etnik suku kaum Bajau Pantai Timur khususnya Daerah Semporna dalam serba serbi mengenai adat resam dalam kehidupan seharian kepada masyarakat setempat sama ada di Sabah, Semenanjung bahkan juga kepada para pelancong asing dan tempatan.Selain itu, adalah diharapkan melalui pesta ini dapat merealisasikan kebudayaan tanah air yang menjadi warisan turun menurun bagi kaum Bajau khususnya Pantai Timur agar tidak pupus ditelan zaman.


 



      Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Cawangan Daerah Kunak juga telah mengambil bahagian menyertai Pertandingan Ratu Lepa-Lepa Ke-19 dan telah menghantar seorang peserta iaitu menampilkan Ratu Igal-Igal Daerah Kunak 2009, Noraisah Binti Abd Rasad atau dikenali sebagai Puteri yang telah memenangi Kategori Persembahan Terbaik 2012 dipertandingan tersebut.


 


      Di samping itu juga, penglibatan USBO Daerah Kunak sempena Pesta Regatta Lepa-Lepa Ke-19, 2012 ini juga telah diberikan pengikhtirafan oleh penganjur pesta iaitu Pejabat Daerah Semporna dengan melantik Puan Norsima Simon, Ahli Majlis Tertinggi USBO Cawangan Daerah Kunak sebagai salah seorang pengadil di pertandingan Ratu Lepa-Lepa tersebut. Kerjasama ini telah terjalin sejak 2009, 2010 dan 2012 khususnya dari segi penyertaan dan pengadilan. Tahniah USBO Daerah Kunak !!!

By: MaWaR PuTiH  ( USBO Kunak )
READ MORE -

Tuesday, 29 May 2012

USBO terima sumbangan RM10,000.00





Usbo terima sumbangan sepuluh ribu ringgit daripada syarikat Raspand yang disampaikan Puan Saadiah Haji Abdul Rashad kepada Timbalan Presiden III Usbo Puan Chendramata Haji Sinteh. Majlis disaksikan ahli majlis tertinggi pertubuhan berkenaan yang berlangsung di Kota Kinabalu. Sejurus selepas itu, Puan Chendramata mempengerusikan mesyuarat mengenai perancangan untuk mengadakan Karnival Usbo 1Malaysia. Menurut beliau program berkenaan antara lain bertujuan menyebarluaskan maklumat tentang adat resam dan amalan suku derumpun Bajau kepada masyarakat di negeri ini.
READ MORE - USBO terima sumbangan RM10,000.00