Wednesday, 30 May 2012



PESTA REGATTA LEPA-LEPA KE-19


        Pesta Regatta Lepa-Lepa Ke-19 di Daerah Semporna telah berlangsung pada 20-21 April 2012. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Semporna. Majlis perasmian pada 21 April 2012 telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Johar Bin Mahiruddin, Yang Di Pertua Negeri Sabah manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah.


      Antara lain tujuan mengadakan Pesta Air Regatta ini adalah untuk memperkenalkan seni budaya etnik suku kaum Bajau Pantai Timur khususnya Daerah Semporna dalam serba serbi mengenai adat resam dalam kehidupan seharian kepada masyarakat setempat sama ada di Sabah, Semenanjung bahkan juga kepada para pelancong asing dan tempatan.Selain itu, adalah diharapkan melalui pesta ini dapat merealisasikan kebudayaan tanah air yang menjadi warisan turun menurun bagi kaum Bajau khususnya Pantai Timur agar tidak pupus ditelan zaman.


 



      Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Cawangan Daerah Kunak juga telah mengambil bahagian menyertai Pertandingan Ratu Lepa-Lepa Ke-19 dan telah menghantar seorang peserta iaitu menampilkan Ratu Igal-Igal Daerah Kunak 2009, Noraisah Binti Abd Rasad atau dikenali sebagai Puteri yang telah memenangi Kategori Persembahan Terbaik 2012 dipertandingan tersebut.


 


      Di samping itu juga, penglibatan USBO Daerah Kunak sempena Pesta Regatta Lepa-Lepa Ke-19, 2012 ini juga telah diberikan pengikhtirafan oleh penganjur pesta iaitu Pejabat Daerah Semporna dengan melantik Puan Norsima Simon, Ahli Majlis Tertinggi USBO Cawangan Daerah Kunak sebagai salah seorang pengadil di pertandingan Ratu Lepa-Lepa tersebut. Kerjasama ini telah terjalin sejak 2009, 2010 dan 2012 khususnya dari segi penyertaan dan pengadilan. Tahniah USBO Daerah Kunak !!!

By: MaWaR PuTiH  ( USBO Kunak )
READ MORE -

Tuesday, 29 May 2012

USBO terima sumbangan RM10,000.00





Usbo terima sumbangan sepuluh ribu ringgit daripada syarikat Raspand yang disampaikan Puan Saadiah Haji Abdul Rashad kepada Timbalan Presiden III Usbo Puan Chendramata Haji Sinteh. Majlis disaksikan ahli majlis tertinggi pertubuhan berkenaan yang berlangsung di Kota Kinabalu. Sejurus selepas itu, Puan Chendramata mempengerusikan mesyuarat mengenai perancangan untuk mengadakan Karnival Usbo 1Malaysia. Menurut beliau program berkenaan antara lain bertujuan menyebarluaskan maklumat tentang adat resam dan amalan suku derumpun Bajau kepada masyarakat di negeri ini.
READ MORE - USBO terima sumbangan RM10,000.00

Friday, 13 April 2012

Dengan penuh hormat dinakan dinakan dipersilakan datang untuk memeriahkan pertandingan akhir carta lagu lagu popular Bajau dalam Carta Sabah V Fm anjuran Pemuda USBO dengan kerjasama RTM pada 15 April 2012 (Ahad) pukul 7 malam di Padang Pekan  Kota Belud. Dipersilakan
READ MORE -

Tuesday, 13 March 2012

Mesyuarat Karnival Sabah, 13.3.2012










Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) bakal menampilkan beberapa penyanyi yang sedang mencipta nama di persada hiburan tanah air pada Karnival Budaya Sabah yang diadakan pada 31 Mac 2012 ini di Dataran Merdeka Kota Kinabalu. Setiausaha Agungnya Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim berkata, penyanyi penyanyi berkenaan akan mendendangkan lagu lagu dalam bahasa Rumpun Bajau di negeri ini. Katanya selain itu para penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan tarian igal igal, limbai, daling daling dan kuda pasu. Orang ramai dipelawa datang menyaksikan persembahan tersebut.
READ MORE - Mesyuarat Karnival Sabah, 13.3.2012

Wednesday, 7 March 2012

Program Budaya anjuran Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) pada 31 Mac 2012

Persedian bagi menjayakan Program Budaya anjuran Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang dijadualkan akan berlangsung di Dataran Merdeka Kota Kinabalu pada malam 31 hari bulan Mac ini berjalan lancar.


Program yang diisi dengan pelbagai bentuk persembahan kebudayaan etnik dan lagu lagu masyarakat itu bertujuan mengeratkan silaturrahim masyarakat melalui aktiviti budaya dan kesenian selain memperkenal budaya warisan bangsa kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong tempatan mahupun luar negeri terutama generasi muda. Hal ini dinyatakan Timbalan Presiden III Usbo, Puan Chendramata Haji Sinteh ketika mempengerusikan mesyuarat pelaksana program berkenaan di Kota Kinabalu. Sehubungan itu beliau mempelawa orang ramai agar datang beramai ramai pada majlis pelancaran yang dijangka disempurna Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

READ MORE - Program Budaya anjuran Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) pada 31 Mac 2012